Lim Kit Siang & PH tidak persoal sidang DUN Negeri PH yang juga singkat?

single-image

Hampir dua bulan kita asyik dengar hari-hari puak DAP dan Pakatan Harapan (PH) khususnya, memekak pasal sidang Parlimen. Bila sudah buat tetapi hanya sehari pun mereka bising juga. Dan sekarang bising pasal persidangan Parlimen yang dibuat hanya sehari.

Tempoh hari mereka kantoi rupanya ada sebab kenapa mereka memekak pasal sidang Parlimen yang disingkatkan. Sebabnya mereka ada agenda tersembunyi untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri. Bukannya seperti yang cakap-cakap sebelum ini, kononnya hendak bersidang untuk bincangkan hal rakyat dan ekonomi negara tetapi yang benarnya ada agenda lain.

Kini, menurut maklumat yang kita dapat empat negeri di bawah PH juga bersidang dalam tempoh yang singkat. Kedai (25 minit), Negeri Sembilan (1 hari), Selangor (2 hari) dan lebih mengejutkan negeri Pulau Pinang iaitu negeri yang ditadbir DAP sendiri hanya bersidang 2 jam sahaja. Ini semua kerana alasan yang sama pandemik Covid-19.

Tetapi amat hairan bukan, mereka tidak pula bising dan paksa semua Menteri Besar di negeri-negeri yang mereka berkuasa ini untuk bersidang penuh. Ini amat jelas bahawa tempoh sidang Parlimen atau DUN di ngeri lain hanya dijadikan modal politik Lim Kit Siang, DAP dan PH.  

Sudah-sudahlah bermain dengan politik bodoh. Rakyat perlukan perhatian semua pihak sekarang ini lagi-lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang memberi kesan mendalam kepada rakyat saat ini.

-Johan Arif


*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.