Lim Kit Siang cuba ganggu kerja-kerja KP KKM?

single-image

Semalam, Lim Kit Siang ada menulis satu artikel yang bertajuk ‘benarkah KKM cadang sidang Parlimen sehari?’. Seperti kita tahu sebelum ini, Lim Kit Siang begitu beriya memohon untuk bersidang. Sekarang apabila sudah dibenarkan bersidang, sibuk pula mempertikaikan cadangan pihak KKM yang mencadangkan agar sidang Parlimen dilangsungkan sehari sahaja.

Dalam artikel tersebut Lim Kit Siang ada meminta supaya KP KKM, Dr Noor Hisham untuk mengulas perkara berkenaan dalam sidang media hariannya sama ada benar atau tidak pihak KKM yang menasihatkan supaya Parlimen bermesyuarat selama satu hari sahaja.

Perkara ini langsung tidak masuk akal. Apakah motif sebenar Lim Kit Siang untuk meminta KP KKM mengulas tentang sidang Parlimen dalam sidang Media KKM yang berkaitan penularan wabak Covid-19? Jangan sesekali cuba libatkan KP KKM dalam politik kotor DAP. 

Timbul persoalan, adakah Lim Kit Siang meragui usaha KP KKM dan pihak KKM dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini? Bagi saya KP KKM dan semua warga KKM sudah menjalankan tugas yang sebaiknya bagi mengekang penularan wabak ini.

Mesti ada sebab munasabah kenapa pihak KKM mencadangkan supaya bermesyuarat bersidang hanya satu hari sahaja. Jadi Lim Kit Siang tidak perlu mempersoalkan atau meragui setiap nasihat mahupun cadangan yang diberikan oleh pihak KKM. 

Ingatlah bertapa bersungguh-sungguhnya pihak KKM mengawal wabak Covid-19 di negara ini. Malah hampir tiap hari KKM menasihati rakyat supaya tidak berkumpul beramai-ramai dan mengadakan sebarang majlis. Bagi saya nasihat ini juga terpakai kepada seluruh rakyat tanpa mengira sama ada seseorang itu Ahli Parlimen ataupun tidak. Jika rakyat boleh mendengar nasihat ini kenapa tidak Lim Kit Siang?

Kami faham Lim Kit Siang langsung tidak takut dengan wabak Covid-19 kerana kelompoknya hanya takut pada penghawa dingin sahajakan? Jika Lim Kit Siang tidak melibat wabak Covid-19 ini satu perkara yang serius setidak-tidaknya fikirkanlah kesihatan dan kesihatan orang lain. Cadangan yang dikemukakan oleh pihak KKM pastinya demi kebaikan seluruh rakyat kerana keselamatan dan kesihatan orang ramai saat ini sangat-sangatlah berharga bagi pihak KKM ketika ini. 

Biarkan mereka yang lebih arif sahaja menjalankan tugas mereka dalam menentukan mana yang terbaik buat kesihatan rakyat. Tugas kita hanya patuh dan mendengar sahaja segala arahan yang diberikan demi kepentingan sejagat. Buat masa ini, ketepikan dahulu soal politik dan berikan kerjasama dalam menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak KKM dan kerajaan dalam menangani wabak ini. 

Sekian

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

1 Comment
  1. Hafizoo Kassim 9 months ago
    Reply

    Good for you

Leave a Comment

Your email address will not be published.