Lim Guan Eng rasis yang memfitnah tak tentu hala

single-image
  1. Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang panjang lebar berbaur perkauman dan hasutan mengesahkan pendirian sebenar DAP dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
  2. Apakah sebenarnya tujuan beliau mengeluarkan kenyataan ini apabila hakikat sebenarnya tidak wujud sama sekali apa yang dipanggil ‘Pakatan Nasional’? Apa yang ada kini ialah Muafakat Nasional yang bukan sahaja untuk kaum Melayu, malah untuk semua kaum.
  3. Beliau kemudiannya memberikan naratif yang menakut-nakutkan serta menghasut bahawa sebuah Kerajaan yang didominasi oleh Melayu-Bumiputera merupakan malapetaka kepada mereka yang lain.
  4. Lim Guan Eng terlupa dan sengaja menafikan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak merdeka merupakan sebuah Kerajaan yang didominasi oleh sebuah parti Melayu-Bumiputera iaitu UMNO. Berpandukan konsep perkongsian kuasa dengan rakan-rakan komponen MCA dan MIC termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak, BN telah berjaya menjadi Kerajaan yang membawa keamanan, kestabilan dan kemakmuran.
  5. Justeru, dakwaan Setiausaha Agung DAP ini adalah salah satu tindakan jahat bagi memesongkan realiti demi menimbulkan persepsi perkauman rakyat khususnya kaum Cina dan kaum India daripada berfikiran terbuka dan mengimbau kembali saat aman dan makmur bersama BN.
  6. Saya menasihatkan beliau agar menumpukan perhatian untuk membawa Malaysia yang sedang menghadapi kelembapan ekonomi global sekali gus memberi impak kepada ekonomi domestik yang semakin hari semakin tenat serta menyusahkan rakyat. Inilah antara tanggungjawab utama beliau yang terbukti GAGAL!
  7. Jangan sibukkan hal orang lain khususnya penyatuan ummah Melayu, sedangkan parti-parti dalam Kerajaan PH sedang mengalami kecamuk dan goyah.

Hahasrin Hashim
Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan N34 Panti
Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.