Laporan Malaysiakini Tidak Benar, Berniat Jahat

single-image

Kenyataan Media

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

  • Malaysiakini menerusi laporannya bertajuk ‘Mat Hasan Dalang Mahu Singkir Zahid, Najib’, bertarikh 30 Mei 2019 yang memetik Straits Times kononnya Dato Seri Mohamad Hasan dan saya sedang melobi pindaan perlembagaan UMNO yang bertujuan menyingkirkan Presiden parti Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas presiden Dato Seri Najib Razak.
  • Secara khususnya, laporan tersebut mendakwa bahawa niat tersebut dilakukan melalui cadangan pindaan Fasal 9.9 kepada Perlembagaan UMNO
  • Saya ingin menegaskan bahawa:

a. Laporan sedemikian adalah tidak benar dan fitnah sama sekali. Ini kerana, tidak ada cadangan pindaan Fasal 9.9 seperti yang didakwa tersebut.

b. Saya tidak pasti dari mana Malaysiakini mendapat maklumat sedemikian dan saya tuntut mereka membuat kenyataan dan penjelasan.

c. Malaysiakini sepatutnya menghubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian. Ini adalah perkara paling mudah untuk dilakukan. Malangnya, berita dan laporan tersebut dikeluarkan tanpa mendapat makluman dan ulasan daripada saya yang dipetik dalam laporan tersebut.

  • Berdasarkan keadaan ini, saya percaya bahawa laporan Malaysiakini tersebut bukan sahaja tidak benar, berunsur fitnah dan mengelirukan. Tetapi sangat tidak bertanggungjawab malah berniat jahat.
  • Tidak mustahil kini Malaysiakini seolah-olah cuba menjadi media yang tidak neutral dan dipandu oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan tersendiri.
  • Saya tuntut agar laporan tersebut diturunkan serta merta. Ini adalah satu amalan yang sangat tidak beretika dan Malaysiakini tidak seharusnya menjadi dalang dalam menyemai kekeliruan dalam masyarakat.

-Tamat-

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.