Laluan keluar masuk Felda Tenggaroh tidak ditutup – Polis

single-image

MERSING : Laluan keluar dan masuk ke Felda Tenggaroh di sini, tidak ditutup kepada lalu lintas seperti yang tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata polis hanya melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di tiga lokasi di daerah berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Nov hingga 6 Dis depan.

“SJR didirikan di Jalan Jemaluang, Jalan Nitar dan Jalan Endau melibatkan laluan keluar dan masuk, dari dan ke Mersing. Maklumat yang dimuat naik dan ditularkan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp itu boleh menimbulkan kekeliruan dan mengundang keresahan penduduk di kawasan ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih (sebelum bertindak menyebarkannya),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Status yang tular itu mendakwa semua laluan masuk dan keluar ke Felda Tenggaroh ditutup selain menyarankan agar penduduk di kawasan berkenaan menyimpan bekalan keperluan secukupnya.

Sumber : BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.