KWSP umum dividen 5.20 peratus

single-image

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional serta 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.

Dalam kenyataan pada Sabtu, KWSP turut mengumumkan agihan dividen keseluruhan bagi 2020 adalah RM47.64 bilion.

“Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP mengatasi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada dua peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” menurutnya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.