Kurangkan berpolitik dan fokus selesaikan masalah rakyat

single-image

Terdapat satu fitnah tersebar yang mengaitkan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang kononnya beliau sebagai Ketua Perhubungan UMNO Johor mengumumkan bahawa UMNO, Barisan Nasional (BN) Johor akan bertanding semua DUN dan Parlimen PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Parlimen Pagoh.

Ini adalah satu tuduhan fitnah yang secara terang-terangan ingin menjatuhkan reputasi baik MB Johor. Kita sendiri boleh lihat dari hari ke hari MB Johor berusaha sehabis baik memulihkan kembali ekonomi di Johor ini. Malah tidak pernah gagal menyuarakan dan bertindak untuk membuka balik sempadan bagi membolehkan rakyat kembali bekerja di Singapura semula.

Sekarang ini MB Johor lebih memfokuskan mengenai jalan penyelesaian terhadap masalah rakyat pasca pandemik Covid-19. Jadi sama sekali tiada masa untuk berpolitik dalam keadaan seperti ini. Berpolitik dalam keadaan pandemik ini bukan cara MB Johor.

Terus terang, tuduhan yang tersebar ini adalah fitnah. Ini merupakan kenyataan yang berniat jahat dan sengaja direka-reka bagi melihat politik di Johor huru-hara dan berbalah antara parti. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak menganggu fokus MB Johor dalam mentadbir negeri ini.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.