Kunjungan Umno negeri tidak pelik, kata Istana Johor

single-image

PETALING JAYA: Seorang pegawai Istana Johor menolak tanggapan kunjungan pimpinan Umno negeri itu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini sebagai satu perkara luar biasa.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pemimpin Umno meminta untuk menghadap Sultan Ibrahim disebabkan tidak dapat hadir ke majlis rumah terbuka Istana Johor Khamis lepas.

“Khamis lalu pemimpin PKR datang ke rumah terbuka Istana Johor.

“Tuanku memberi mereka layanan yang sama dan cuba menjadi tuan rumah yang baik,” katanya.

Sementara itu, seorang ketua bahagian Umno Johor yang enggan dikenali berkata, undangan khas daripada Sultan Ibrahim bersempena sambutan Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru adalah atas permintaan parti itu sendiri.

Katanya, sebelum ini pada hari raya kedua, semua parti, termasuk kerajaan negeri, dijemput menghadiri majlis rumah terbuka Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin Umno Johor kebetulan tidak dapat hadir ke majlis rumah terbuka itu yang diadakan pada hari raya ke-2 atas sebab tertentu.

“Jadi kita minta bekas menteri besar Johor, Mohamed Khaled Nordin untuk sampaikan perkara itu kepada Sultan Ibrahim.

“Sebab Khaled pergi majlis rumah terbuka itu, dan Sultan Ibrahim perkenankannya dan menjemput pimpinan Umno Johor untuk datang pagi tadi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kunjungan itu dihadiri 30 pimpinan Umno.

“Kira macam sarapan pagi, dalam 30 orang, pagi tadi, yang disertai ketua bahagian Umno Johor seperti Shahril Samad, Nur Jazlan Mohamad, ketua Pemuda negeri dan ketua Wanita,” katanya.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.