Konflik PPBM akan merugikan rakyat Johor.

single-image


Seperti yang kita sedia maklum, krisis dan konflik parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih berterusan dan semakin serius sejak ke belakangan ini. Tanpa kita sedar juga sebenarnya konflik ini akan hanya merugikan negeri Johor dan khususnya rakyat negeri Johor sendiri.

Lebih tepat krisis yang berlaku dalam PPBM dapat dilihat dengan jelas sebaik sahaja Mantan Menteri Besar Johor, Osman Sapian melepaskan jawatannya pada awal April yang lalu. Di tambah  lagi dengan rombakan Exco yang dilakukan oleh Menteri Besar yang baharu, mengeruhkan lagi suasana dan menimbulkan keadaan tegang dalam PPBM. 

Malah ada juga ura-ura yang mengatakan PPBM Johor telah berpecah kepada beberapa Team disebabkan beberapa perselisihan faham yang berlaku. Antaranya, pelantikan Pengerusi PPBM Johor yang baharu juga menjadi perbalahan dalam kalangan mereka.  

Lebih parah lagi, selepas Tun Mahathir mengumumkan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi PPBM Johor, rata-rata ahli dalam PPBM Johor sendiri seakan-akan tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Pada ketika itulah, semakin jelas dapat dilihat bahawa PPBM Johor berpecah kepada beberapa Team. 

Apatah lagi, langkah awal yang ingin diambil oleh Mazlan Bujang kelak selepas secara rasmi menjadi Pengerusi PPBM Johor. Yakni ingin merompak barisan kepimpinan PPBM Johor termasuklah memecat Dr Sahruddin dari terus memegang jawatan Setiausaha PPBM Johor. Jika perkara ini berlaku, secara logiknya Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor tidak mempunyai kuasa lagi untuk bersuara dalam PPBM Johor selepas ini. 

Disebabkan ini ada juga yang mengatakan Osman Sapian terpaksa mengadakan perjumpaan secara senyap dan sulit dengan Ketua-Ketua Bahagian PPBM Johor. Dalam perjumpaan itu juga, Mazlan Bujang yang kini sebagai Pengerusi PPBM Johor tidak dijemput dan perkara ini membuatkan Mazlan Bujang bengang.

Lebih mengejutkan lagi, sebaik sahaja perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagia selesai, timbul pula cerita baru iaitu seramai 23 Ketua Bahagian PPBM Johor telah menghantar memorundum kepada Tun Mahathir tanpa Dr Sahruddin mengetahui isi kandungan memorundum tersebut. 

Jadi kesemua ini jelas menunjukkan PPBM Johor sedang menghadapi liku-liku yang sukar apatah lagi apabila mendapat tentangan yang hebat dari ahli PPBM sendiri. Sebenarnya serba sedikit konflik yang berlaku dalam PPBM Johor ini memberi tekanan dan impak kepada pembangunan negeri Johor.

Hal ini kerana mereka adalah parti komponen dalam Pakatan Harapan yakni barisan kerajaan negeri pada hari ini. Semestinya konflik ini akan merencatkan dan membantutkan segala proses pembangunan dan aspirasi negeri Johor. 

Malah bertambah bimbang lagi,  jika konflik ini berterusan tidak mustahil segala apa perancangan yang dibuat oleh Menteri Besar Johor dan Exco akan di sabotaj oleh team PPBM sendiri kelak. Secara tidak langsung ia akan menyukarkan lagi kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar kerana terpaksa berhadapan dengan musuh dalam selimut selain daripada pembangkang.

Jadi harapan saya Pakatan Harapan Johor perlu segera menyelesaikan masalah ini kerana selagi masalah ini tidak berpenghujung ia akan terus menjadi duri dalam daging yang lebih lama lagi. 

Tentunya ia akan menganggu proses pembangunan negeri Johor dari semasa ke semasa, itu belum lagi cerita tentang tekanan yang diberikan kerajaan Pusat kepada negeri Johor. Oleh itu, perkara ini perlu diselesaikan dengan baik agar kelak negeri Johor khususnya rakyat Johor tidak rugi di kemudian hari. 

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.