Konflik perebutan jawatan Perdana Menteri ke-8

single-image


Semalam dunia politik Malaysia sekali digemparkan dengan penularan video menunjukkan pasangan sejenis didakwa mirip seorang menteri dalam media sosial. Kemudian hari ini sekali lagi rakyat digemparkan dengan pengakuan individu yang bernama Haziq Aziz bahawa dirinya merupakan individu di dalam video tersebut bersama Azmin Ali.

Melihat kepada situasi ini nampaknya, drama pada tahun 1998 kembali menghantui rakyat di negara ini. Jika kita imbas kembali sekitar tahun 1998 pada ketika itu heboh mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Dan pada ketika itu juga Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri ke-4. Dengan kuasa yang ada pada Tun Mahathir ketika itu, Anwar Ibrahim telah  dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Dan kini sekali lagi apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri senario yang sama juga berlaku tetapi melibatkan watak yang berlainan. Dalam pada itu, ketetapan situasi juga sama ketika tahun 1998 dahulu, di mana masih dalam situasi sebelum berlakunya peralihan jawatan Perdana Menteri. 

Cuma bezanya, kes pada tahun 1998 Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Tun Mahathir dan kini giliran Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Azmin Ali pula. Dek kerana ada yang mengatakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini terbahagi kepada dua kem yang berbeza ideologinya. 

Secara kebetulan atau tidak, tetapi ia jelas dapat dilihat ketika kekecohan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baru-baru ini. Di mana satu kem menentang pelantikan Latheefa Koya dan satu lagi kem pula menyokong pelantikan tersebut.

Ekoran situasi ini, ia menimbulkan spekulasi yang mengatakan penularan video Azmin Ali bersama Haziq Aziz ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim. 

Jadi benarkah mereka yang pro Anwar Ibrahim merupakan dalang utama yang merancang semua ini untuk membunuh karier politik Azmin Ali dengan sekelip mata sahaja sekali gus menghalang Azmin Ali dari terus merampas jawatan Perdana Menteri ke-8?

Walau bagaimanapun kita perlu sedar bahawa permainan politik seperti ini tidak membawa apa-apa pun keuntungan kepada rakyat pada akhirnya. Apa yang mampu dilakukan kini hanya tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi selepas ini. 

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.