Kit Siang, UMNO tak akan musnah

single-image

Saya tertarik dengan tulisan Veteran DAP, Lim Kit Siang yang disiarkan di Malaysiakini menyarankan kerajaan supaya tidak mengharamkan UMNO dan biarkan saja UMNO musnah dengan sendirinya.

Untuk pengetahuan Lim Kit Siang, UMNO tidak akan musnah seperti mana diharapkan cauvinis DAP. Bahkan saya boleh katakan dengan yakin bahawa kini UMNO semakin kuat dan untuh.

Rakyat sedar akan sumbangan besar kepada negara sejak daripada kemerdekaan sehinggalah BN tumbang dan rakyat juga yakin bahawa UMNO bukan parti rasis, tetapi berjaya menyatukan pelbagai kaum di bawah BN.

Berbanding DAP, apa yang rakyat boleh banggakan selain daripada meniup sentimen kebencian antara kaum bagi mencapai matlamat politiknya.

Jika Lim Kit Siang tidak percaya, beliau boleh meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan Parlimen dibubarkan atau bila-bila masa sahaja PRU 15 berlaku, kemudian kita boleh lihat UMNO atau DAP yang akan musnah.

Untuk pengetahuan Lim Kit Siang, sokongan rakyat kepada UMNO semakin kuat, jumlah keahlian UMNO semakin meningkat setiap bulan. Rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik DAP yang bersifat perkauman.

Orang Melayu, Bumiputera bersatu teguh di bawah panji perjuangan UMNO yang sememangnya telah terbukti memperjuangkan agama dan tanah air sejak lebih 60 tahun. Begitu juga, sokongan rakyat semakin padu apabila UMNO dan PAS menjalinkan “taawun siyasi”.

Hakikatnya, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP agak gusar dengan kerjasama UMNO-PAS. DAP sedar akan kekuatan orang Melayu selaku kaum dominan akan bertambah utuh dan menjadi ancaman kepada mereka dalam PRU-15 nanti.

Untuk pengetahuan “Apek Lim Kit Siang”, rakyat sudah bosan dan marah dengan janji haprak PH yang hanya sekadar penipuan untuk menumbangkan BN.

Ini kerana kos sara hidup semakin mencengkam, harga barang tidak turun, harga minyak tak berubah, tol belum lagi dihapuskan, peluang pekerjaan untuk anak muda tak muncul-muncul, nilai matawang terus menjunam dan akhirnya manifesto diisytihar bukan kitab suci yang perlu dipatuhi

Rakyat mahu perutnya terisi, namun, harga komiditi sawit terus merudum, pelabur mula angkat kaki, anak Lim Kit Siang yang menjadi Menteri Kewangan Lim Guan Eng terbukti gagal dan gagal membangunkan ekonomi negara.

Menteri Kewangan hanya pandai menjual aset negara yang telah sekian lama dikumpul oleh pentadbiran BN selama ini.

Hutang negara semakin meningkat dan impian untuk melihat hutang negara mencapai RM1 Trilion telah berjaya dibuktikan kepemimpinan PH yang dikuasai DAP.

Di bawah PH, hutang langsung kerajaan telah naik RM124 bilion ke RM810 bilion berbanding RM686 bilion akhir tahun 2017 masa BN. Dimanakah pakar-pakar ekonomi sebelum PRU-14 seperti Anuar Ibrahim, Rafizi Ramli, Nurul Izah, Akmal Nasir dan Lain-lain yang sibuk memberi jaminan kepada Rakyat sekiranya PH diberikan mandat mengambil alih putrajaya isu-isu eknomi dan rakyat akan terbela.

Jaminan kerajaan juga naik RM36 bilion ke RM273 bilion pada akhir bulan Jun 2019 berbanding RM238 bilion pada akhir tahun 2017.

Apa yang rakyat boleh banggakan dengan sumbangan kerajaan PH khususnya DAP. Tiada apa, melainkan menyemarakkan api sentimen perkauman.

Rakyat tidak bodoh, anak muda tidak boleh lagi diperbodohkan atau digula-gulakan dengan janji manis kerana mereka hari ini sedar kesilapan lalu dengan mengundi PH.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.