Ketua Pembangkang Johor tegur pemimpin Pakatan Harapan Johor

single-image


Hari ni bermulanya Mesyuarat Pembukaan Rasmi bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Iskandar Puteri. Sudah semestinya aura persidangan kali ini berlainan sedikit berbanding persidangan-persidangan sebelum ini. 

Ini kerana persidangan kali ini merupakan yang pertama buat Dato, Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu selepas menggantikan tempat Osman Sapian  yang tidak sampai satu tahun pada awal April lalu.

Dalam persidangan kali ini, saya sebagai anak muda tertarik dengan berbahasan dari Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad yang mengemukakan berkenaan dengan pendirian kerajaan negeri Johor berkenaan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Kita boleh lihat sehingga ke hari ini tiada seorangpun wakil daripada kerajaan Pakatan Harapan Johor menyatakan pendirian mereka mengenai perkara ini. Apa yang jelas kelihatan mereka hanya lebih selesa berdiam diri daripada menyatakan pendirian mereka. Yakni sama ada mereka setuju atau tidak dengan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan undang-undang telah terbatal.

Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh Datuk Ir Hasni bahawa tatkala isu ini hangat diperdebatkan tidak ada satu pun, sama ada barisan Exco, YAB Menteri Besar atau sesiapa sahaja memberikan pandangan dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. 

Sedangkan mereka ini semua adalah pemimpin kerajaan negeri Johor tetapi langsung tiada keberanian untuk membahaskan perkara ini. Apatah lagi untuk mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Johor ini.

Saya yakin bukan barisan pemimpin pembangkang sahaja yang ternanti-nanti akan jawapan atau pendirian sebenar kerajaan Pakatan Harapan Johor tentang perkara ini. Sudah tentu rakyat khususnya rakyat Johor sendiri mahu dengar sendiri pendirian mereka, lebih-lebih lagi mereka sudah menjadi kerajaan yang menaung negeri ini.

Jika mereka setuju katakan sahaja setuju dan tidak setuju katakan sahaja tidak setuju. Bukannya terus membisu dan membiarkan rakyat tertanya-tanya tentang perkara ini. Apa yang pasti, perkara ini seharusnya dilihat secara serius dan menjadi pertimbangan buat kerajaan negeri supaya hal ehwal negeri Johor ini tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Sekian

-JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.