Kes pengangguran belia Malaysia paling tertinggi

single-image

Di sebalik keghairan Syed Saddiq mengadakan dialog belia tentang Food Panda dan usahanya untuk membawa Gojek ke dalam Malaysia, Syed Saddiq masih lagi gagal untuk membantu belia dalam kadar pengangguran pekerjaan.

Buktinya kes pengangguran belia masih lagi di tahap tertinggi berbanding negara – negara lain di Asia. Kadar pengangguran belia di Malaysia mencatat 10.9 peratus mendahului Singapura, Thailand, Vietnam dan India.

Bagaimana Menteri yang kononnya penuh idea di dada dan semangat untuk membantu belia tertinggal dalam perkara seperti ini. Mungkin baginya terpencil sedangkan ini sepatutnya Syed Saddiq berikan fokus dan perhatian.

Bukannya perkara-perkara Kecil dan remeh. Nampaknya, lakonan Syed Saddiq menjadi-jadi sehinggakan perkara seperti ini dijadikan seperti perjudian bagi Menteri Belia & Sukan ini.

Bangunlah belia-belia di negara ini. Sedarlah bahawa Menteri belia ini adalah menteri yang tidak kompeten dan tidak berfungsi sepenuhnya. Belia yang ada sekarang ini ditindas dan diperkecilkan. Apatah lagi janji – janji untuk mengurang kadar pengangguran belia menjadi satu angan – angan kosong buat Belia.

Syed Saddiq harus bertanggungjawab!

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.