Kerajaan rakyat RCL, PCA penentu pembukaan sempadan sepenuhnya

single-image

KOTA ISKANDAR : Pembukaan pintu sempadan menerusi dua skim, iaitu Reciporocal Green Lane (RGL) dan Periodical Commutting Arrangement (PCA) merupakan langkah awal bagi pembukaan sempadan Malaysia-Singapura secara keseluruhan.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, sekiranya kedua-dua skim tersebut dilaksanakan dengan jayanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap, tiada halangan bagi pembukaan sempadan sepenuhnya.

“Hingga 31 Ogos 2020, seramai 327 orang menggunakan sistem RGL dengan 45 individu keluar dari negara ini dan 282 lagi memasuki negeri ini. Bagi sistem PCA pula, seramai 8,270 menggunakan sistem ini dengan 6,784 individu keluar dari negara ini, manakala 1,486 memasuki negara ini.

“Sekiranya sistem ini berjaya. Saya yakin, Kerajaan Persekutuan akan membuka sistem sempadan Johor-Singapura sebagaimana biasa dengan SOP yang terancang dan berkesan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada YB Tuan Chen Kah Eng (Stulang- DAP) berhubung keputusan kerajaan membuka sempadan Malaysia Singapura menerusi skim RGL dan PCA pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

YAB Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah proaktif dengan menyelaras keterlibatan agensi yang berada di barisan hadapan.

“Pelbagai langkah yang terbaik diambil bagi menyelesaikan perkara-perkara yang melibatkan isu sempadan di Malaysia (Johor) dari Singapura.

“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kita perlu sedar bahawa isu sempadan ini melibatkan kerjasama peringkat global yang harus direncanakan dengan teliti dan komprehensif bagi mendapatkan keputusan yang inklusif untuk semua, terutamanya dalam suasana pasca pandemik COVID-19,’’ katanya.

Sumber : Makmur Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.