Kerajaan Pakatan Harapan Johor kerajaan Klentongkrasi

single-image

Iskandar Puteri : Hari ini (12 Ogos 2018), Datuk Ir Hasni berhasrat kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi nilai tambah dan sumbangan tersendiri dalam membangunkan negeri Johor.

Hal ini kerana menurut Datuk Ir Hasni selaku Ketua Pembangkang, Kerajaan Negeri hari ini telah mewarisi sebuah negeri yang sihat dan makmur ekonominya. Malah negeri yang mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh dan mempunyai potensi terbaik untuk menjadi kuasa ekonomi selatan negara.

Tambahnya lagi, jika kedudukan serta pencapaian ini tidak dapat ditambah baik atau digandakan nilainya, ia sudah pasti akan menjadi satu bukti kegagalan besar yang amat mengaibkan kepada YAB Menteri Besar dan seluruh jentera kerajaan negeri.

Sementara itu, Datuk Ir Hasni juga berharap agar Kerajaan Negeri hari ini tidak mensia-siakan kepercayaan rakyat Johor.

“Harapan kami, janganlah dihancurkan kepercayaan dan dirompak keyakinan rakyat yang telah memberikan mandat dan harapan kepada Kerajaan Negeri.

“Kalau rompakan wang dan kekayaan negara kita namakan sebagai kleptokrasi, saya yakin, rompakan keyakinan dan harapan ini bolehlah kita gelar sebagai Klentongkrasi,” katanya.

Perkara ini telah diucapkan oleh Datuk Ir Hasni dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Nusajaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.