Kerajaan negeri sedang meneliti bantuan yang bersesuain untuk peniaga kecil

single-image

Kenyataan Media

Hj Ayub Bin Haji Jamil
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

1. Kerajaan Negeri Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pemilik premis perniagaan, peniaga kecil dan penjaja yang memberikan kerjasama menutup operasi perniagaan dan perkhidmatan mereka saperti mana ditetapkan di bawah kawalan Pergerakan dari 18 hb Mac hingga 31hb Mac 2020.

2.Pihak kerajaan juga memahami akan kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh semua permis perniagaan dan peniaga yang terlibat.

3.Saya yakin semua pihak memahami terpenting sekali disaat ini ialah semua tindakan ini adalah usaha kerajaan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

4. Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Johor telah diminta segera menyampaikan notis pemberitahuan berhubung Arahan Penutupan melalui semua saluran dan kaedah penyampaian

5. Mana mana Permis Perniagaan dan Peniaga yang tidak mematuhi Arahan Penutupan ini,

6.Pihak PBT hendaklah memberikan nasihat terlebih dahulu dan tindakan penguatkuasaan perlu segera diambil selepas notis dan nasihat dikeluarkan dan disampaikan ke atas mereka enggan mematuhinya

7. Tiada kompromi dalam soal yang berkaitan melibatkan nyawa rakyat

8.Di peringkat awal ini Semua PBT dikehendaki memberikan maklumat yang berkaitan dengan peniaga kecil dan penjaja yang berlesen saperti Pasar Pagi Pasar Malam Pasar Tani dan yang seumpamanya dikawasan PBT kepada Kerajaan Negeri

9.Untuk diteliti dan dikaji bagi membolehkan kerajaan menimbangkan bentuk bantuan dan sokongan kepada mereka yang terjejas semasa penutupan dibawah perintah larangan pergerakan ini.

10.Kerajaan Negeri akan meneliti dari masa kesemasa akan semua kesesuaiannya untuk membantu peniaga kecil yang terjejas.

11. Kerjasama semua pihak amat amat diharapkan bagi membantu kerajaan membendung segera peningkatan penularan Covid 19

19 Mac 2020

Tamat

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.