Kerajaan Negeri ambil serius keselamatan rakyat di PPS pada musim Covid-19

single-image

Kenyataan Media
YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar

Situasi Semasa Kes Covid-19 Negeri Johor (15 Mei 2020)

  1. Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera kepada semua rakyat negeri Johor. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
  2. Saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Hari ini sudah memasuki hari Ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sejak ia mula dikuatkuasakan pada 4 Mei lalu.
  3. Bagi Negeri Johor, sehingga semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaporkan 1 kes baharu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif kekal 668 kes. Daripada jumlah itu, 146 kes adalah kes aktif. Tiada kes kematian direkodkan pada 14 Mei 2020 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Negeri Johor adalah kekal sebanyak 19 orang.
  1. Bagi 14 Mei 2020, jumlah kes kumulatif sembuh di Negeri Johor adalah sebanyak 503 kes. Diharapkan statistik kes sembuh dan discaj bagi negeri Johor akan terus meningkat untuk hari berikutnya.
  2. Walaupun kita telah memasuki fasa PKPB, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, masih komited melaksanakan operasi Sanitasi Awam di seluruh negeri Johor bagi mengekang penularan virus COVID-19 di premis-premis awam.
  3. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, dengan kerjasama pelbagai agensi telah melaksanakan Operasi Sanitasi Awam di seluruh Daerah di dalam Negeri Johor.
  1. Secara keseluruhan operasi ini telah melaksanakan 1903 lokasi bermula 27 Mac 2020 sehingga 14 Mei 2020 merangkumi 730 (Bangunan Kerajaan), 144 (Rumah Ibadat), 456 (Tempat Awam) dan 573 (Lain-Lain).
  2. Untuk makluman Negeri Johor mencatatkan jumlah operasi Sanitasi Awam tertinggi di negara kita diikuti Kuala Lumpur dan Pahang.
  3. Kerajaan Negeri ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPBM Negeri Johor dan agensi-agensi yang terlibat kerana dalam operasi sanitasi awam ini.
  4. Baru-baru ini, Negeri Johor menghadapi keadaan hujan lebat yang membawa kepada kejadian banjir kilat.
  5. Tiga daerah di negeri ini telah mengalami banjir kilat iaitu Johor Bahru, Kluang dan Tangkak sekali gus mengakibatkan beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir ini.
  1. Sehingga 14 Mei 2020, terdapat dua PPS masih dibuka iaitu di daerah Kluang yang melibatkan 63 orang mangsa dari 18 keluarga.
  2. Manakala di daerah-daerah yang lain, semua PPS telah ditutup. Terdapat empat mangsa yang dilaporkan mempunyai gejala jangkitan respiratori di PPS di daerah Kluang.
  3. Namun begitu, melalui pemeriksaan fizikal dan penilaian risiko, termasuk sejarah dedahan dan sejarah perjalanan, kes-kes ini tidak dikategorikan sebagai disyaki COVID-19.
  4. Sebagai langkah bagi pencegahan penyebaran penyakit COVID-19 di PPS serta mengelakkan berlaku sebarang kluster jangkitan juga, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengambil langkah advokasi kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan membuat tindakan bagi menerapkan norma-norma baru kehidupan seperti:
  • Mengukuhkan penjarakan sosial dengan memastikan semua mangsa mengekalkan jarak fizikal melebihi satu meter semasa pemindahan.
  • Mengutamakan penggunaan bilik kelas sekolah sebagai PPS berbanding dewan dan mengasingkan setiap keluarga di kelas sekolah yang berbeza.
  • Memastikan terdapat tempat mencuci tangan serta sabun dan hand-sanitizer disediakan di PPS.
  • Melakukanpemeriksaansuhudansaringangejala COVID-19 kepada mangsa banjir semasa pendaftaran masuk ke PPS dan secara harian.
  • Memastikan mangsa yang bergejala memakai pelitup muka.
  • Melarang sebarang bentuk perhimpunan di PPS.
  • Melakukan aktiviti pendidikan kesihatan berkenaan pencegahan penyakit COVID-19 secara berkala di PPS.
  • Melakukan disinfeksi di fasiliti yang dijadikan PPS selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang.

16. Bagi mencegah penyebaran penyakit-penyakit berkaitan banjir, Jabatan Kesihatan Negeri Johor melalui Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan telah mengambil langkah-langkah berikut:

  • Meningkatkan pemantauan survelan penyakit berjangkit terutamanya untuk kes-kes seperti leptospirosis, melioidosis, kolera, tifoid dan denggi.
  • Aktiviti kebersihan dan semburan disinfektan di setiap pusat pemindahan banjir dan rumah-rumah mangsa banjir dijalankan tanpa terkecuali.
  • Saringan kesihatan dan pendidikan kesihatan ditingkatkan di semua lokaliti banjir untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai risiko penyakit-penyakit berjangkit selepas banjir.
  •   Aktiviti semburan kabus insektisid dan pembersihan di pusat-pusat pemindahan dan rumah-rumah yang terlibat banjir untuk mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes.
  •   Pemeriksaan keselamatan dan kualiti makanan terhadap bekalan makanan mentah dan telah dimasak untuk mangsa-mangsa banjir.

17. Saya berharap orang ramai agar cuba mengamalkan gaya hidup dengan norma baharu serta cuba elakkan diri daripada ke tempat yang ramai, tempat tertutup dan perhubungan jarak dekat. Selain itu, orang ramai diminta agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa berhati-hati bila berada di dalam situasi banjir terutama semasa waktu PKP.

  1. Saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Seperti sedia maklum, Negeri Johor sekarang berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penyebaran penyakit COVID-19.
  2. Dalam situasi ini, norma baru dalam kehidupan perlu diterapkan iatu mengamalkan langkah-langkah kesihatan seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
  3. Mengamalkan amalan kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan sabun dan hand- sanitizer dan mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.
  4. Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi barisan hadapan kepada kerajaan serta sentiasa bersedia dan responsif dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan penat-lelah dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 ini.

15 Mei 2020

-TAMAT-

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.