Kerajaan Johor Utamakan Pendidikan Rakyat

single-image

Rakyat Negeri Johor sangat beruntung kerana mempunyai Kerajaan Negeri yang sangat bertanggungjawab, prihatin dan cakna terhadap pendidikan rakyatnya.

Bukan hanya mementingkan pendidikan rendah dan menengah sahaja sebaliknya pendidikan anak anak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia juga terjaga.

Buktinya, pada tahun 2018, Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM 1.45 Juta untuk program pendidikan di negeri ini. Antaranya Karektor Murid Johor (KRMJ), Pembelajaran Abad ke 21, Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2018, Student Leaders Board Convention (SLBC), Johor Berkemahiran : Science, Technology, Engineering, Mathematics Johor (STEM-J) dan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris.

Sejak 2016 hingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak lebih RM 2.8 Juta melibatkan 12095 orang pelajar untuk Program TUISYENS SPM.

Tidak cukup itu, Biasiswa Kenangan Dato Onn yang telah diperkenlkan pada tahun 1984 telah memberi manfaat kepada 46, 381 orang pelajar sejak diperkenlkan sehingga tahun 2017 dengan perbelanjaan RM 21.4 Juta.

Peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 bagi negeri Jonor adalah sebanyak 189, 073,612.50. Meliputi peruntukan bantuan murid, penyelenggaraan sekolah Dan pembangunan.

Sekolah baru, penyelenggaraan dan penambahbaikkan sekolah di negeri ini tidak pernah dipinggirkan yang telah dimasukkan dalam peruntukan pembangunan sekolah 2018.

Program bantuan makan asrama, program susu 1 Malaysia dan Rancangan Makanan Tambahan yang saban tahun dilaksanakan tetap diteruskan.

Kolej YPJ merupakan instutusi pendidikan tinggi di bawah kelolaan Kerajaan Negeri. Melalui Rancangan Strategik, Kolej YPJ akan menjadi Kolej Primier pada tahun 2019 yang menawarkan pengajian peringkat Ijazah dan Diploma Profesional.

Pada masa ink, Kolej YPJ telah menyediakn biasiswa kepada anak Johor yang kurang mampu tetapi cemerlang, di samping meyediakan pinjaman pendidikan melalui YPJ

Pihak pembangkang terlalu gemar memanipulasi fakta yang sememangnya menunjukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sentiasa kehadapan membantu masyarakat terutamanya dalam bidang pendidikan berbanding idea yang mereka lontarkan sentiasa berulang 5 tahun sekali. Apatah lagi menjelang PRU 14 yang bakal tiba.

Pengerusi Amanah Johor menyatakan bahawa HARAPAN ingin menubuhkan Universiti Johor bagi meningkatkan taraf pendidikan di negeri ini. Mungkin beliau terlupa bawah selain Kolej YPJ di bawah kelolaan Kerajaan Johor, di Johor mempunyai Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lebih menarik, UTM, UIAM dan UTHM mempunyai kampus di Hub Pendidikan Pagoh. Bukankah ianya memberi manfaat kepada beribu orang.

Bukan setakat ini, di Johor juga mempunyai beberapa politeknik, kolej kemahiran, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta. Ianya sudah pasti membantu meningkatkan taraf pendidikan rakyat di negeri Johor dan menjadi pilihan kepada ibu bapa.

Kebertanggungjawaban Kerajaan Johor dalam setiap permasalahan dan isu pendidikan yang dilontarkan rakyat sentiasa diberikan perhatian dengan sewajarnya.

Pembangkang telah menjanjikan pendidikan percuma. Lihat sahaja di Selangor, sehingga kini, sangkaan bahawa kerajaan negeri akan menjadi negeri contoh dan yang pertama untuk melaksanakan pendidikan percuma tidak langsung terbayang dalam bajet yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamded Azmin Ali.

Secara tidak langsung, ia membuktikan perkara ini adalah suatu imaginasi melampau yang sukar untuk dilaksanakan.

Pembangkang sekadar janji-janji besar yang mereka bercita-cita untuk laksanakan jika mereka memerintah. Bukankah janji-janji ini mengambarkan dengan jelas bahawa pembangkang sebenarnya sering menjadikan Bajet, sesi Dewan dan menjelang PRU ini sebagai pentas manifesto dan ruang kempen pilihan raya.

Jelas, kerajaan Negeri Johor sentiasa berfikiran jauh dan komited dalam merealisasikan impian dan membantu rakyat dalam semua hal. Justeru, saya menyeru kepada bangsa Johor dan rakyat Malaysia supaya tidak terus percaya dengan janji manis dan omong omong kosong pembngkang menjelang PRU yang bakal tiba. Lihatlah sahaja pembangunan dan janji kerajaan Barisan Nasional yang telah dilaksanakan.

YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT
PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.