Kerajaan Johor salur bantuan 7.02 juta kepada petugas barisan hadapan

single-image

KOTA ISKANDAR : Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Seramai 35,136 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad kepada wakil-wakil agensi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.

Datuk Hasni Mohammad ( dua dari kiri) menyampaikan replika cek Bantuan Tunai RM200 (one off) Kepada Petugas Barisan Hadapan Negeri Johor, Insp. Nongleek A/P Prak Jun ( dua dari kanan ), di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Hasni Mohammad ( dua dari kiri) menyampaikan replika cek Bantuan Tunai RM200 (one off) Kepada Petugas Barisan Hadapan Negeri Johor, Sjn Mohd Shukri Bin Hussin ( dua dari kanan ), di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Hasni Mohammad beramah mesra bersama petugas barisan hadapan yang menerima Bantuan Tunai RM200 (one off), di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Barisan penerima Bantuan Tunai RM200 (one-off) kepada Petugas Barisan Hadapan Negeri Johor di bawah agenda Johor Berkebajikan bergambar bersama replika cek masing-masing, di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini hari ini. – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM

Turut menerima bantuan berkenaan ialah wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sementera itu, wakil PDRM, Inspektor Nongleek A/P Prak Jun menyifatkan bantuan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa agensi keselamatan dan kesihatan mengekang pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat menaikkan semangat para petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat,” katanya.

Bagi anggota ATM, Sarjan Mohd. Shukri Hussin, bantuan itu sedikit sebanyak dapat memberi suntikan moral kepada anggota ATM yang terlibat dalam pelbagai operasi ketika negara mendepani pandemik itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB R. Vidyananthan dan Pegawai Kewangan Negeri; YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan.

Sumber : Makmur Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published.