Kerajaan Johor bentang pelan pembukaan sempadan

single-image

JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri Johor akan membentangkan sebuah pelan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan sempadan antara Malaysia dan Singapura dapat dibuka semula.

Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, Johor merupakan sebuah negeri yang unik dan negeri ini menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan percukaian Kastam di negara ini.

“Kita sedia maklum bahawa dua pintu sempadan iaitu Tambak Johor dan Linkedua merupakan laluan yang paling sibuk di dunia.

“Penutupan ini (sempadan) bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian penduduk di negeri ini yang berulang alik ke negara itu malah ia menjejaskan pelaburan dari Singapura ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup dan Penyerahan Hadiah Pameran Inovasi Asia Antarabangsa 2020 (AIINEX 2020) di Pulai Spring Resort di sini, hari ini.

Beliau menambah, pelan yang bakal dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) itu merangkumi inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi memperkasa ekonomi negeri pasca COVID-19.

“Pembentangan ialah melibatkan aspirasi kerajaan negeri Johor yang mahu memastikan pelabur di negeri ini terus kekal.

“Selain itu, pembentangan ini juga bagj memastikan agenda utama seperti hasrat negeri ini untuk memperkasakan program jaminan bekalan makanannya tercapai,” katanya.

Sumber : Makmur Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published.