Kerajaan diminta naikkan pelepasan cukai individu & tanggungan

single-image

22 Ogos 2019

  1. Menjelang Belanjawan 2020 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2019 ini, Kerajaan diminta untuk mempertimbangkan kenaikkan pelepasan cukai individu dan tanggungan yang tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 2009.
  2. Kali terakhir pelepasan cukai ini dinaikkan adalah pada tahun 2009 kepada RM9,000 berbanding RM8,000 pada 2008. Sedekad berlalu, adalah tidak adil untuk pelepasan RM9,000 ini dikekalkan menjelang tahun 2020.
  3. Oleh itu, adalah wajar untuk kerajaan meningkatkan pelepasan cukai individu ini kepada RM10, 000 hingga ke RM12,000 bagi mengurangkan beban pembayar cukai individu khususnya golongan berpendapatan pertengahan (M40).
  4. Selain itu, kerajaan juga diminta untuk melihat semula nilai-nilai pelepasan cukai yang kini dilihat sudah tidak releven dengan kos sara hidup pembayar cukai individu hari ini.
  5. Antaranya, yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar yang kini hanya RM1,000 perlu dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM2,000.
  6. Selain itu, pelepasan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa yang sudah lebih sedekad lamanya kekal pada nilai RM5,000 sewajarnya dinaikkan kepada RM7,000 hingga RM8,000 .
  7. Kerajaan juga boleh memperkenalkan semula pelepasan faedah pembelian rumah yang terhad kepada RM10,000 setiap tahun seperti yang pernah dilakukan sekitar tahun 2009 dan 2010. Pelepasan faedah pembelian rumah ini semestinya akan mengurangkan beban anak muda yang bakal dan sedang membayar ansuran perumahan pada hari ini.
  8. Diharap kerajaan di bawah Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan pelepasan individu di atas. Dikala persatuan syarikat & korporat sibuk melobi untuk kerajaan menurunkan kadar cukai korporat, diharap kerajaan tidak terlepas pandang kepada pembayar cukai individu yang lebih memerlukan kenaikkan pelepasan-pelepasn cukai tertentu dari pihak kerajaan.

Sekian.

Isamuddin Isa
Ahli Dewan Muda Johor
Konsultan Cukai Kanan Swasta

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.