Kerajaan akan teruskan skim pencen, namun cari jalan berjimat – Tun Mahathir

single-image

KYOTO: Kerajaan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan penjawat awam tidak tertindas susulan cadangan penghentrian skim pencen kakitangan awam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mungkin akan meneruskan skim pencen namun langkah pelaksanaan sesuai harus dicari bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.

“Dahulu bilangan penjawat awam sedikit, namun kini lebih ramai dan gaji mereka lebih tinggi.

“Jika kita tidak asingkan bayaran pencen, kita mungkin tidak akan mampu tanggung,” katanya sewaktu sidang media selepas lawatan kerja di Kyoto, Jepun.

Beliau bagaimanapun menegaskan Kabinet belum membincangkan dan memutuskan perkara berkenaan.

Untuk rekod, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, bayaran pencen yang ditanggung kerajaan adalah sekitar RM28 bilion setahun.

“Angka itu mungkin akan meningkat kerana gaji penjawat awam naik mendadak semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga 25 peratus.

“Pencen ini kita bayar iktu jumlah gaji terakhir, jika gaji mereka RM20,000, kita perlu bayar RM10,000. Orang yang masih bekerja pun tidak dapat jumlah sebegitu,” katanya.

Dr Mahathir menambah masalah mula timbul apabila kerajaan terdahulu tidak memikirkan soal hutang yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan mendadak gaji penjawat awam ini.

“Kini hasil pendapat kita terpaksa membayar hutang dan jika kita tidak bayar kita boleh muflis seperti Greece,” tegasnya.

Dr Mahathir berkata kerajaan akan terus berunding dengan pihak berkepentingan termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber : Astro Awani

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.