Kenapa tiba-tiba kerajaan mahu pinda SOSMA?

single-image

SOSMA atau Akta Kesalahan (langkah-langkah Khas) 2012 telah diwujudkan bagi mengantikan dengan Akta ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Namun begitu akhir-akhir ini isu SOSMA kian diperdebatkan oleh golongan-golongan ahli politik.

Peliknya, sebelum ini isu SOSMA tidak pernah dibangkitkan sama sekali oleh mana-mana ahli politik meskipun SOSMA ini terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi sekarang ia menjadi perdebatan hangat apabila ada sesetengah pihak menggesa kerajaan untuk memansuhkan akta ini.

Kita pun tahu baru-baru ini ada beberapa pemimpin DAP ditahan dibawah akta SOSMA atas dakwaan memberi sokongan terhadap kumpulan LTTE. Sebaik sahaja, mereka ditahan bertubi-tubi ahli DAP menggesa pihak kerajaan untuk menghapuskan akta ini secepat mungkin.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/189963

Walau bagaimanapun, semalam kerajaan telah mengumumkan bahawa SOSMA akan dipinda secepat mungkin dalam masa terdekat ini. Persoalannya, kenapa baru sekarang tergesa-gesa mahu pinda akta ini walhal sebelum ini tiada seorang pun yang bersuara mengenai perkara ini? Adakah pindaan akta SOSMA dilakukan kerana desakan daripada DAP?

Malah menjadi tanda tanya besar, adakah pindaan secara terburu-buru ini dilakukan bagi membebaskan pemimpin DAP daripada didakwa? Maklumlah kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Sedangkan akta SOSMA ini amat diperlukan di negara kita bagi mengekang aktiviti atau kegiatan pengganas dan jenayah berat. Jika kegiatan pengganas atau jenayah berat tidak didakwa bawah SOSMA tidak mustahil jenayah berat akan meningkat di negara ini

Jadi kenapa perlu takut sangat dengan akta SOSMA ini? Jika tidak buat apa-apa kesalahan, buat apa untuk takut dengan akta ini. Tengok sahaja hari ini, ADUN Seremban Jaya bebas daripada pertuduhan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/514429/ltte-adun-seremban-jaya-bebas-tuduhan-metrotv

Oleh itu, jika kerajaan tetap berkeras untuk meminda akta ini secepat yang mungkin, diharapakan ia tidak menganggu siasatan terhadap kes pengganas LTTE ini.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.