Kemenangan Jeck Seng titik permulaan baru untuk Barisan Nasional Johor – Ir Hasni.

single-image

PONTIAN : Menurut Ketua Barisan Nasional Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad, kemenangan Datuk Seri Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan menjadi titik permulaan bagi Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan prinsip perpaduan dalam kalangan parti komponennya.

Beliau berkata kemenangan yang diperoleh BN melalui calon MCA adalah satu kemenangan penting bagi gabungan di negeri ini.

“Ya, saya percaya kemenangan itu akan memberi galakan kepada BN Johor khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan datang.

“Kami akan mempertahankan konsep ini,” kata Datuk Ir Hasni ketika keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim kelmarin.

Beliau mengulas mengenai kemenangan BN yang mengatasi Pakatan Harapan pada PRK berkenaan dengan majoriti 15,086 undi.

Datuk Hasni berperanan penting dalam PRK Tanjung Piai sejak sebulan yang lalu.

Ahli politik veteran yang berusia 60 tahun itu dikenali sebagai tokoh yang dihormati di politik Johor. Di mana belia juga dikagumi dan ditakuti oleh musuh-musuhnya.

Datuk Hasni yang juga selaku Ketua Perhubungan UMNO Johor dan Ketua Pembangkang Negeri, berkata keputusan pilihan raya itu merupakan mesej kepada kerajaan hari ini untuk mengambil perhatian terhadap kepentingan rakyat.

“Pada masa yang sama, kita sebagai Pembangkang kita akan mewakili ‘rakyat’ dan juga orang-orang yang ditindas.

“sebagai sebuah parti pembangkang yang bertanggungjawab, kita tidak akan meninggalkan rakyat dan akan terus memperjuangkan nasib mereka,” kata Datuk Ir Hasni yang juga ADUN Benut.

Sumber : https://www.malaymail.com/

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.