Kemenangan di PRK Slim membuktikan Barisan Nasional masih diterima

single-image

Dalam Pilihan Raya Kecil Slim kali ini, Barisan Nasional telah mendapat kemenangan dengan majoriti besar mengatasi calon Bebas. Ini merupakan kemenangan ketujuh dalam PRK yang diadakan termasuk yang terbaru di PRK Slim semalam.

Melihat kepada pretasi yang membanggakan ini, boleh dikatakan ia sebagai bukti bahawa Barisan Nasional masih relevan dan diterima rakyat. Bukan seperti cakap-cakap sebelum ini yang mengatakan rakyat sudah tidak boleh melihat lagi lambang dacing.

Mungkin sebelum ini fikiran rakyat sudah diracuni tetapi lihatlah sendiri bagaimana Barisan Nasional bangkit semula untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka masih kekal relevan dalam tampuk pemerintahan.

Kemenangan konsisten seperti ini membuktikan Barisan Nasional masih relevan di kala ini. Jadi tidak salahlah sekiranya PRU15 nanti gabungan yang ada ini menggunakan logo dacing (Barisan Nasional). Ini kerana logo ini masih mendapat tempat di hati rakyat khususnya.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin kerajaan sekarang ini janganlah anda lupa diri dengan kemenangan yang dikecapi hari ni.  Galaslah amanah yang sudah diberikan dengan sebaik mungkin. Perlu ingat rakyat akan menghukum mereka jika lalai mahupun gagal.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.