Kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil Rantau

single-image

Kenyataan Media

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

13 April 2019

1. Saya secara peribadi dan keseluruhan pasukan BN serta PAS merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan Tok Mat dalam PRK Rantau. Sekalipun kemenangan manis ini sudah dijangkakan, ia tidak pernah melalaikan semua pihak.

2. Kesemua jentera parti, para pendukung BN dan PAS dan rakyat semua kaum setempat telah bekerja keras bagi membantu calon pilihan ramai YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan.

3. Kemenangan ini secara khusus membuktikan beberapa perkara penting.

4. Pertama, jelaslah betapa jasa yang baik akan terus dikenang dan diingati oleh rakyat tanpa perlu dipaksa-paksa dan dimomokkan dengan ancaman fitnah dan taktik kotor yang menyerang peribadi.

5. Kedua, kerjasama UMNO-PAS adalah satu gelombang masyarakat yang membesar secara organik dan jujur. Perkara ini sekali gus membenarkan ketakutan serta kebimbangan tentang kebangkitan masyarakat seperti yang dizahirkan oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan khususnya DAP.

6. Ketiga, masyarakat nampaknya mahu terus memberikan isyarat keras kepada Kerajaan. Bahawa, biar apa pun alasan yang digunakan untuk membalut kesilapan dasar dan keputusan mereka yang tidak menyebelahi rakyat, rakyat akhirnya boleh berfikir dengan matang dan menilai secara adil akan kegagalan Pakatan Harapan.

7. Keempat, kemenangan ini adalah satu amanah yang besar kepada BN dan PAS. Blok pembangkang harus terus bekerja keras untuk menyantuni dan membantu masyarakat yang saban hari dikecewakan oleh kerajaan semasa.

8. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada seluruh pendukung Tok Mat dalam PRK Rantau.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.