Kekalkan dan kembalikan kerusi UMNO di Ledang

single-image

LEDANG : YB Datuk Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran ahli perwakilan yang begitu membanggakan sejak mesyuarat pertama perwakilan diadakan lagi.

Beliau turut menyeru supaya UMNO bahagian Ledang jalankan kerja seperti biasa dan jalankan program-program yang dirancang seperti biasa. Malah turut menyeru untuk menambah lagi lebih ramai ahli UMNO yang baharu bagi memperkukuhkan lagi kedudukan UMNO pada masa akan datang.

“Sama ada umur 18 tahun nanti didaftarkan secara automatik atau tidak ia tidak penting, yang penting mereka perlu daftar sebagai ahli dan daftar sebagai pengundi sebagai usaha kita untuk meningkatkan jumlah ahli UMNO”

“Di kawasan Ledang ini mempunyai 3 DUN jadi saya menyeru untuk menyokong usaha dan hasrat ini agar Parlimen ini kembali dan kekal kepada UMNO serta kerusi-kerusi UMNO kembali kita raih,” katanya.

Menurut Datuk Ir Hasni parti-parti kerajaan yang ada pada hari ini dilihat seolah-olah memilih ibu negeri mereka. Dalam pada masa yang sama turut mempersoalkan kedudukan PPBM di tiga buah negeri.

“Kalau Selangor ibu negeri kepada PKR, Pulau Pinang pula ibu negeri kepada DAP”

“Soalnya antara Kedah, Perak dan Johor agak-agak PPBM ingin bertapak di mana?”soal Datuk Ir Hasni.

“Mestilah Johor kerana negeri Johor antara yang terkaya selepas negeri Selangor jauh lebih kaya daripada Perak dan Kedah,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang.

Turut hadir YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO Malaysia.

-JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.