Kecoh katanya kerajaan negeri beli Toyota Camry tukar Honda Accord untuk Menteri Besar Johor dan Exco-Exco?

single-image

Apa sudah jadi dengan kerajaan negeri Johor pada hari ini? Dalam kata tiada duit tetapi boleh pula keluarkan duit yang banyak untuk menukar kereta baharu. Bayangkanlah nombor pendaftaran kenderaan JDT 1 hingga JDT 13 memang dikhaskan untuk kenderaan rasmi kerajaan Negeri Johor. Jadi berapa banyak duit yang telah dibazirkan oleh kerajaan negeri untuk membeli 13 buah Kereta yang baharu?

Yang hairannya, banyak sangat ke sumbangan mereka kepada negeri dan rakyat sehingga ‘dihadiahkan’ kereta baharu. Lagi pula, mereka hanya baru setahun lebih mentadbir negeri ini tetapi sudah pandai membazirkan duit dengan perkara yang tidak faedah. Apakah Kereta Honda Accord sebelum ini benar-benar nazak sehingga mereka mengambil keputusan untuk tukar yang baharu?

Sukar untuk faham apa yang difikirkan oleh kerajaan negeri pada hari ini, sudahlah peruntukan untuk rakyat dipotong dan dikurangkan mentah-mentah. Tetapi bila bab orang atasan, joli sakan duit rakyat untuk perkara yang bukan-bukan boleh pula.

Malah, baru-baru ini saya ada terbaca bahawa industri pelancongan di Johor sedang terjejas ekoran penularan virus korona. Secara tidak langsung perkara ini menjejaskan Tahun Melawat Johor 2020. Jadi persoalannya adakah dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik sekarang ini wajar untuk kerajaan negeri membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk menukar kereta rasmi kerajaan?

Sepatutnya, wang tersebut dibelanjakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Misalnya dibelanjakan untuk kempen kesedaran virus korona, memandangkan negeri ini merupakan negeri terawal dikesan mempunyai kes positif korona virus. Dalam pada itu juga boleh digunakan untuk mempromosikan semula Tahun Melawat Johor 2020 dan banyak lagi. Asalkan bukan perkara yang Sudah terang-terang tidak berfaedah dan membazir.

Apa yang diharapkan selepas ini kerajaan negeri lebih berhati-hati dalam membelanjakan duit yang ada kerana rakyat juga berhak ke atas duit tersebut. Saya yakin jika kepentingan dan keperluan rakyat negeri Johor ini diutamakan dan dijaga dengan baik, pastinya mereka tidak kesah jika kerajaan negeri ingin membeli kereta baharu atau sebagainya. Tetapi ceritanya sekarang kerajaan negeri mengabaikan keperluan rakyat di negeri ini. 

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.