Kecekapan wanita OKU ini pandu kereta hanya guna kaki curi tumpuan netizen

single-image

Ramai yang menyangka bahawa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini, sentiasa memerlukan bantuan dan bergantung harap pada orang lain. Tetapi mereka silap, sudah ramai OKU, kini mampu berdikari dan berjaya seperti insan normal.

Baru-baru ini video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama nrfzilaa telah mencuri tumpuan netizen, memaparkan seorang wanita OKU yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan memandu kereta hanya menggunakan kaki.

Tak anggap diri OKU…

Di dalam video yang berdurasi 1 minit 11 saat, dapat diperhatikan bahawa walaupun menggunakan kakinya sahaja, dia mampu memandu dengan cekap sekali.

Apabila ditanya, bagaimana dirinya mampu berhadapan dengan pandangan masyarakat, menurut wanita yang dikenali sebagai Farah, dia tidak mengambil pusing apa kata orang sebaliknya dia sentiasa berfikiran positif.

Farah yang bertugas di unit pentadbiran Kolej Komuniti Teluk Intan, tidak pernah merasakan dirinya adalah seorang OKU hanya kerana kekurangannya, disebabkan itu menjalani kehidupan seperti insan normal.

Dalam pada itu, pengguna Twitter tersebut menzahirkan rasa syukur, kerana dia dan rakan-rakan yang lain diberi peluang menghayati kisah perjalanan hidup seorang insan bergelar OKU yang mampu berdikari dan berjaya.

Difahamkan, menerusi program Remaja (AKAR) Bagan Datuk Siri Pertama, Farah telah dijemput untuk memberi motivasi dan berkongsi mengenai pengalaman hidupnya dalam mencapai kejayaan yang dimilikinya sekarang.

Hebat! Dia pakai tudung dan makeup guna kaki

Tweet tersebut yang kini sudah mendapat 11.8 ribu ciapan, mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan kebolehan yang ada pada wanita OKU itu.

Respect, aku yang normal pun tak berani bawa kereta

Setiap kekurangan seseorang itu, pasti akan ada kelebihannya, yang penting harus yakin pada kebolehan diri sendiri dan tidak termakan dengan kata-kata negatif.

Sumber : Oh My Media

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.