Kalau Pas boleh terima calon MCA, tiada sebab pengundi perlu tolak Jeck Seng

single-image

KUALA LUMPUR : Penerimaan Pas terhadap calon bukan Islam Barisan Nasional (BN) yang dikemukakan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai membuktikan bahawa parti itu tidak bersifat perkauman.

Justeru, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak ada alasan bagi pengundi di kawasan itu menolak calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

“Yang penting sekarang BN dah buktikan bahawa tuduhan yang kita bukan parti perkauman dengan calon kita Wee Jeck Seng,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Hishammuddin berkata, Tanjung Piai boleh menjadi platform dengan penerimaan Pas terhadap Jeck Seng yang membuktikan konsep penyatuan ummah dibawa Pas dan UMNO mampu membuka lembaran politik baru di negara ini.

“Tanjung Piai boleh membuktikan kita BN sekurang-kurangnya walau ada Penyatuan Ummah dengan Pas dan Pas boleh terima (calon) MCA, saya harap pengundi Tanjung Piai boleh terima sahabat saya dan kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Sabtu lalu, Pas secara terbuka mengarahkan semua ahli dan pengundi parti itu untuk mengundi Jeck Seng.

Malah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mohd Mazri Yahya juga yakin Jeck Seng akan membawa kemenangan sekali gus menjadi PRK pertama yang dimenangi selepas Piagam Muafakat Nasional dimeterai bersama UMNO pada 14 September lalu.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.