Kalau ikut cara Dr Mahathir, semua kena letak jawatan

single-image

KUALA LUMPUR : Kalau kerajaan sekarang mengikut kaedah Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah lama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Gopal Sri Ram melepaskan jawatan masing-masing.

Oleh itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong jangan hanya pandai bercakap soal doktrin pengasingan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Vui Keong tidak patut lupa apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

Ketika itu ramai pihak mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin memanggil Raus menghadap dan diarahkan berhenti walaupun beliau boleh menolak untuk berjumpa.

”Pengamal undang undang Ram Karpal Singh menganggap tindakan Tun M dan Tun Daim itu melanggar rule of law dan pengasingan kuasa. Executive tidak boleh mencampuri urusan Judiciary.

”Pada beliau Tun Daim khususnya sudah melampaui batas. Perlembagaan Malaysia cukup jelas menyatakan bagaimana Ketua Hakim Negara boleh diberhentikan.

”Artikel 125(3) Perlembagaan Negara menyatakan sebuah Tribunal mesti dibentuk untuk memberhentikan Ketua Hakim Negara,” katanya yang mengulas kenyataan Vui Keong yang mendakwa usul usul Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menamatkan khidmat Speaker dan Timbalan Speaker tidak mengikut undang-undang.

Puad berkata, bukan Raus sahaja diberhentikan tetapi Tan Sri Zulkifli Makinudin (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Tam Sri Apandi Ali (bekas Peguam Negara) juga diarah berbuat demikian.

”Dia (Vui Keong) patut tidak lupa apa yang PH lakukan terhadap Tun Raus.

”Kalau diikutkan cara Tun M terhadap Tun Raus maka Hamid Bador (PDRM), Azhar Azizan Harun (SPR) dan Gopal Seri Ram sudah lama meletak jawatan,” ujarnya.

Tambah beliau, ini bukan soal zalim sebaliknya mereka yang enggan letak jawatan sebenarnya yang zalim kerana lantikan tersebut dibuat oleh PH.

Puad membayangkan Parlimen sudah tentu jadi sarkas apabila usul ini dibentangkan nanti seperti mana kecohnya negara semasa Tribunal pemecatan Tun Salleh Abas dulu.

”Pokoknya, kita tidak mahu wujud kumpulan yang boleh dipergunakan untuk mensabotaj negara atau menjadi tali barut Mahathir.

”Pengalaman sudah ada. Najib mahu ditangkap di pejabatnya kerana adanya konspirasi dari dalam yang didalangi Mahathir,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.