Kalah di PRK Slim bukti Tun Mahathir sudah ditolak oleh rakyat.

single-image

Semalam menyaksikan kemenangan yang diperoleh Mohd Zaidi Aziz di PRK Slim sebagai calon Barisan Nasional. Lebih membanggakan, beliau menang dengan majoriti besar mengatasi calon dari parti baharu Tun Mahathir.

Kekalahan ini ibarat mimpi buruk bagi Tun Mahathir kerana kini sudah terang rakyat memberi signal bahawa mereka sudah menolak Tun Mahathir dan pengikutnya. Walau bagaimana sekali langkah politik Tun Mahathir cuba aturkan percayalah rakyat sudah tidak ambil peduli lagi. Hal ini kerana rakyat sudah mula meluat dengan agenda Tun Mahathir yang tiada kesudahannya.

Malah, rakyat kini juga mula bosan dengan telatah Tun Mahathir yang disifatkan ‘syok sendiri’. Untuk apa parti baharu dibangunkan jika rakyat sudah tidak boleh menerima rentak Tun Mahathir?

Berusaha sekuat mana pun, mustahil Tun Mahathir dapat menumbangkan gabungan dalam Perikatan Nasional. Kemenangan ini sahaja sudah membuktikan bahawa rakyat semakin menerima Perikatan Nasional dan menolak Tun Mahathir sekali gus melupakan Pakatan Harapan buat selama-lamanya.

Biarlah kemenangan PRK Slim ini membuka mata semua orang bahawa rakyat semakin selesa dengan apa yang ada sekarang ini. Sekali gus membuktikan kepada Tun Mahathir bahawa rakyat juga sudah menolak dirinya dalam percaturan politik di negara ini.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.