Johor sasar dapat siapkan 5,157 RMBJ menjelang akhir tahun

single-image

JOHOR BAHRU : Kerajaan Negeri Johor menyasarkan dapat menyiapkan pembinaan sebanyak 5,157 Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) bagi pelbagai kategori menjelang hujung tahun ini.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) akan terus meningkatkan usaha bagi membolehkan rakyat negeri ini memiliki rumah yang selesa dengan harga berpatutan.

”Menerusi program RMBJ ini, kita bukan hanya menyasarkan kediaman bagi golongan B40, malah akan diperluaskan kepada kategori baharu, iaitu M40 yang berharga RM200,000 hingga RM300,000 seunit.

”Hingga kini, kesemua 5,157 buah rumah kini dalam proses pembinaan. Kita yakin kesemua rumah yang bakal dibina ini menerusi beberapa pemaju yang telah dilantik dapat disiapkan hingga akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Undian Terbuka RMBJ C Taman Pulai Mutiara SP9 di Dewan Auditorium RTM, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Tuan Haji Ayub Jamil.

Terdahulu, majlis undian tersebut diadakan secara langsung menerusi laman sosial Facebook dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan) dan Johorfm.

Dalam undian berkenaan, sebanyak 336 RMBJ C di Taman Pulai Mutiara yang berharga RM150,000 seunit diundi secara terbuka menerusi laman sosial Facebook, iaitu melibatkan kuota awam Melayu sebanyak 218 unit serta masing-masing 84 dan 34 unit bagi kuota awam Cina dan India.

YAB Menteri Besar berkata, undian secara siaran langsung akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan ketelusan dan kelancaran proses pengagihan rumah-rumah di bawah program RMBJ.

”Pemohon yang layak boleh memohon dan memilih unit rumah daripada projek yang ditawarkan menerusi portal www.erumah.johor.gov.my,” katanya.

Sumber : Makmur Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.