Johor lakukan rombakan Exco

single-image

Berita baru yang kami terima dimaklumkan bahawa terdapat 3 orang Exco Negeri Johor akan terbabit dalam rombakan portfolio. Exco tersebut terdiri daripada Yb Aminolhuda, YB Khuzzan dan YB Sheikh Umar. Ini merupakan rombakan kali kedua buat Exco Kerajaan Negeri Johor.

Jika diteliti, setakat ini negeri Johor sahaja yang melakukan rombakan portfolio. Rombakan ini dilakukan atas alasan bagi memantapkan bidang tugas Exco-Exco berkenaan. Benarkah kerana untuk memantapkan bidang tugas atau sebenarnya ada antara mereka yang tidak ‘perform’ dengan bidang yang telah dipertanggungjawabkan oleh mereka?

Maklumlah bahang Sukma 2020 semakin terasa, jadi tentunya kerajaan negeri Johor ingin membuat yang sehabis baik untuk acara tersebut. Mungkin inilah punca utama mengapa YB Sheikh Umar tidak lagi memegang portfolio Belia dan Sukan dan digantikan dengan YB Khuzzan.

Kita juga sedia maklum sebelum ini, awal pemerintahan Pakatan Harapan Johor YB Khuzzan yang terlebih memegang portfolio berkenaan kemudian digantikan dengan YB Sheikh Umar. Jadi kenapa perlu berlakunya U-turn dalam penyusunan Exco dan porfolio negeri Johor? 

Tentunya ada banyak sebab kenapa YB Khuzzan mengambil alih semula portfolio tersebut. Adakah rombakan portfolio ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Sheikh Umar sebenarnya tidak ‘perform’ semasa memegang jawatan Exco Belia dan Sukan?

Malah portfolio ‘baharu’ ini juga dilihat sama seperti portfolio ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Bukankah mudah jika ikut sahaja apa yang telah kerajaan lama sudah susun? Berapa banyak kali lagi mahu tukar?

Tetapi persoalannya sekarang, apakah yang sebenarnya berlaku dalam barisan Exco Negeri Johor?  Kalau difikirkan seseorang Exco itu tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, lebih baik gugurkan sahaja sebelum mereka terus menjadi penghalang kepada kemajuan negeri Johor.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.