Johor fokus misi pemulihan negeri pasca Covid-19

single-image

KOTA ISKANDAR: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad menegaskan fokus serta misi kerajaan negeri kini adalah untuk memulihkan Johor daripada kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Perkara itu dinyatakan oleh beliau semasa membentangkan rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Hasni Mohammad

Menurut beliau, dengan hanya menerapkan nilai berdaya tahan dalam pentadbiran, keadaan ekonomi dipercayai akan kembali pulih pada masa akan datang.

Justeru, YAB Menteri Besar mengajak semua pihak melupakan sebentar obsesi untuk menaikkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menaikkan prestasi perdagangan dan meningkatkan jumlah pelaburan.

”Terimalah hakikat bahawa globalisasi pada waktu sebelum ini, berada dalam kedudukan songsang.

“Waktu ini, kita menyedari bahawa kelemahan ekonomi yang terbuka adalah globalisasi itu sendiri. 

”Jadi, kita tidak boleh sama sekali tersasar dalam membangunkan ketahanan ekonomi yang bersandarkan dengan sumber dan aktiviti tempatan secara besar-besaran,” katanya.

Sumber : Makmur Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.