Johor buat pusingan U, terima pindaan umur belia 30 tahun

single-image

Kerajaan Johor hari ini membuat pusingan U dengan menerima pindaan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.

Exco belia dan sukan negeri Sheikh Umar Bagharib Ali berkata demikian dalam kenyataan – sehari selepas Pejabat menteri besar Johor mengumumkan pengekalan had umur 40 tahun semalam.

“Berhubung pindaan rang undang-undang Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 Akta 668 yang telah diputuskan oleh jemaah menteri kabinet kerajaan persekutuan dan konsensus bersama oleh Majlis Tertinggi Pakatan Harapan, kerajaan negeri Johor menerima baik pindaan umur belia 15-30 tahun ini, selaras dengan keputusan yang dibuat,” katanya.Iklan

Pejabat menteri besar Johor semalam mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu akan mengekalkan had umur belia antara 15 hingga 40 tahun.

Ia bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka khusus tidak terbantut kerana pelbagai dana bantuan kerajaan mengguna pakai had umur 18 hingga 40 tahun.

Minggu lalu Dewan Rakyat meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meminda takrif belia dan pertubuhan belia dengan menurunkan had umur maksimum golongan itu kepada 30 tahun.

Sementara itu, Sheikh Umar berkata keputusan terbaru itu dibuat selepas mesyuarat exco yang bersidang pagi ini.

“Hasil perbincangan ini kerajaan negeri telah mengambil maklum dan akan membantu menyelaraskan hal ehwal teknikal di peringkat negeri bersabit dengan keputusan tersebut,” katanya.

Katanya, mereka sedar pindaan akta itu akan memberi kesan pada kesahan pendaftaran pertubuhan belia (ROY) dan mempunyai kaitan langsung dengan perundangan.

“Ia bukan sekadar suatu dasar sepertimana Dasar Belia Negara yang pernah dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2015 yang lalu,” katanya.

Sumber : Malaysiakini.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.