Johor bakal menjadi tempat bangkitnya kembali UMNO

single-image

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang sering menjadi topik perbualan dan selalu mendapat perhatian masyarakat. Tidak kiralah dalam apa jua perkara sekalipun sama ada Institusi Kerabat Diraja, penglibatan politiknya, persatuan bola sepaknya, pembangunannya mahupun rakyatnya sendiri yang terkenal dengan gelaran ‘bangsa Johor’.

Jika kita kecilkan fokus dengan menumpukan ke arah politik di Johor. Kita mesti sudah maklum bahawa negeri Johor ini juga tempat paling bersejarah bagi parti UMNO. Di mana di negeri inilah UMNO dilahirkan dan menjadi kubu kuat kepada UMNO.

Jadi melihat situasi semasa politik yang semakin mencabar dan rumit ini tidak mustahil negeri Johor ini bakal menjadi medan atau platform kebangkitan semula UMNO. Sebelum ini kita maklum bahawa ada cakap-cakap yang kononnya UMNO di Johor ini sudah terkubur dan terkulai layu.

Tetapi semuanya berubah selepas PRK Tanjung Piai baru-baru yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti yang besar. Dengan kemenangan majoriti yang besar ini secara tidak langsung ia membuktikan bahawa UMNO di Johor bakal bangkit semula.

Lihat sahajalah, pengundi-pengundi Melayu kembali memberi undi kepada Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai. Jika mahu dibandingkan dengan Pakatan Harapan pula, mereka hanya memperoleh 5% sahaja undi daripada pengundi Melayu di Tanjung Piai.

Ini tidak lain tidak bukan kerana rakyat mula sedar kebenaran dan hakikatnya yang sebenar apa yang berlaku dalam politik semasa di negara ini. Malah, pengundi-pengundi Melayu yang memberi undi kepada Barisan Nasional kini kian sedar dan percaya dengan perjuangan UMNO selama ini.

Oleh kerana itu, UMNO perlu bangkit semula dari Johor kerana Johor inilah tempat lahirnya UMNO dan pemimpin-pemimpin yang hebat. Bangkit sebagai UMNO yang lebih baik dan bersemangat dari dulu.

Sekian,

Natasha Azmi.

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.