Jimmy Puah ajak rakyat menentang titah Sultan Johor?

single-image

Walaupun sudah hampir seminggu, kerajaan baharu dibentuk di Johor tetapi Pakatan Harapan masih menjadikan ia sebagai polemik perdebatan. Mengapa tidak habis-habis mempersoalkan gabungan baharu yang membentuk kerajaan Johor? Cukup-cukuplah berdrama dan sila ‘move on’ sahaja.

Sedarlah wahai Pakatan Harapan Johor, keputusan ini dibuat oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri. Baginda sendiri menyatakan bahawa Gabungan Baharu mendapat majoriti mudah dan secara tidak langsung membolehkan ia memimpin kerajaan negeri Johor. 

Sepatutnya kita perlu bersyukur dengan keputusan yang dibuat ini kerana ia satu keputusan yang terbaik demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor. Malah keputusan ini juga telah merungkai segala kekusutan politik yang berlaku di peringkat negeri sehingga mengundang keresahan rakyat.

Apa sebenarnya motif Jimmy Puah mengajak rakyat untuk menentang dan memberi tekanan terhadap keputusan yang telah dicapai?

Sungguhpun benar Jimmy Puah atau Pakatan Harapan Johor ingin mencabar keputusan yang dibuat oleh Sultan Johor. Ada baiknya fikirkan semasak-masaknya dan gunakanlah saluran yang dibenarkan oleh undang-undang. Bukannya menghasut rakyat untuk mendesak dan memberi tekanan terhadap keputusan yang telahpun dibuat.

Lagipun semalam, YB Dr Fat Full secara rasmi sudah mengumumkan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas. Secara tidak langsung, dirinya menyokong Perikatan Nasional yang telah dibentuk. Jadi tidak perlu timbulkan lagi mengenai isu majoriti DUN kerana secara logiknya Perikatan Nasional memperoleh majoriti 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan hanya memiliki 27 kerusi sahaja. 

Sekian

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:
2 Comments
  1. Mohd Rhazali @ Ghazali bin Osman 5 months ago
    Reply

    If Jimmy Pua is dissatisfied with HH Tuanku Sultan Johor’s decidion the right thing to do is to take the matter to the court. Do not try to incite the people to demonstrate in the streets. If he is still not happy with that suggestion and feels that our legal system is not to his standard then it is better for him to leave the country and don’t ever come back again.

  2. NotAllChinesePundek 5 months ago
    Reply

    Gi mampos la cibai…

Leave a Comment

Your email address will not be published.