Jika benar niat Aminolhuda, elok PAN dan PAS duduk berbincang

single-image

Beberapa hari lepas, Aminolhuda ada menyatakan hasrat dan mengajak UMNO Johor untuk bersama-samanya membentuk kerajaan Johor. Meskipun hasrat ini boleh dikatakan tidak logik dan pelik tetapi jika lamaran PAN itu benar, rasanya PAS perlu main peranan dalam hal ini.

Kita sendiri tahu latar belakang PAN sebelum ini iaitu merupakan bekas ahli-ahli PAS juga. Jadi elok rasanya PAS duduk berbincang bersama PAN untuk mencapai kata sepakat. Bukan apa, PAN juga adalah parti melayu islam pada dasarnya.

Jika benar PAS ikhlas memperjuangkan penyatuan Ummah seperti yang dilaungkan kepada UMNO dan PPBM sebelum ini, tiada sebab PAS tidak boleh duduk berunding dengan PAN untuk berbincang mengenai hal ini.

Oleh itu, besar harapan say ajika PAS boleh mempertimbangkan cadangan ini. Demi Ummah.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.