JDT umum dua pemain baharu

single-image

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengsahkan bahawa, bekas peny3rang Kedah FA, Fernando Rodriguez dan juga pemain dari Jepun, Kei Hirose menyertai pasukan mereka.

Fernando Rodriguez bukan nama asing dalam kancah Liga Malaysia. Musim lalu, walaupun hanya bermain di musim sulungnya di MSL, beliau tetap menjadi pemenang kasut emas.

Beliau juga menjadi nadi penting pasukan Kedah dalam kejayaan mereka mara ke dua final piala domestik. Salah satu daripada final tersebut adalah berjaya menjadi juara Piala FA.

Satu lagi Kedah menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Malaysia. Tewas di tangan pasukan JDT.

Kei Hirose musim lalu bermain di Liga Indonesia. Beliau merupakan pemain yang memiliki kerajinan dan ‘work rate’ yang sangat tinggi.

Kehadiran beliau ke JDT pastinya diharap dapat memperkasakan lagi pasukan tersebut.

Majlis pengenalan dan pengumuman kedua-dua pemain itu dibuat sebentar tadi menerusi siaran langsung oleh Johor Souther Tigers.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest serta orang kuat, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil media.

Antara sebab utama dua pemain ini ditandatangani adalah kerana kualiti teknikal mereka serta mengambil kira kesesuaian pemain-pemain tersebut dengan corak permainan JDT.

Alistair Edwards jelas sekali gembira dan berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan kedua-dua pemain tersebut ke dalam keluarga JDT.

Fernando Rodriguez dan Kei Hirose dijangka akan diletakkan dalam pasukan pembangunan JDT II. Ini kerana JDT mahu memastikan bahagian pembangunan mereka dapat manfaat dengan adanya pemain seperti Nando dan Kei di dalam pasukan mereka.

Kedua-dua pemain pastinya sedar, JDT dibarisi ramai pemain bintang termasuk di JDTII. Mereka perlu bekerja keras untuk memastikan diri mereka berjaya menjadi pemain utama secara konsisten.

Sumber : http://paduteruk.com/

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.