JDT Lancar Jersi Baharu Musim 2020

single-image

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengajak para penyokongnya menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Kelab Bolasepak JDT ‘Legacy Lit’ 2020 di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 1 hingga 2 Februari depan.

Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan pas masuk edisi terhad ke Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Musim lalu, JDT menggunakan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.

Namun difahamkan pada musim ini, JDT akan menampilkan kelainan dengan jersi tanpa logo penaja di depan dan ada “effect gold” iaitu kesan warna keemasan pada leher serta lengan jersi.

Malah, pemilik kelab JDT iaitu DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), memberi bayangan jersi JDT pada musim 2020 menyerupai jersi AS Roma pada tahun 2006, 2013, 2014, 2016 atau 2017.

Menjadi kelaziman logo penaja akan dicetak pada belakang dan depan jersi sebuah pasukan bola sepak profesional namun TMJ pasti mahu kelainan dan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ditampilkan oleh kelab lain dalam Liga Malaysia.

sumber: vocketfc

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.