Jangan ulangi kesilapan PH, nasihat Najib

single-image

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin-pemimpin kerajaan agar tidak menjadi seperti Pakatan Harapan dalam membuat keputusan dan tindakan.

Melalui hantaran hari ini, bekas Perdana Menteri itu memberi lima pesanan.

Pesannnya ialah:

1. Jangan sering buat U-turn.

2. Jangan gunakan saluran rasmi kerajaan termasuk page FB untuk troll atau bermain propaganda.

3. Jangan buat majlis potong riben benda-benda remeh atau terlalu gian untuk mempromosikan diri.

4. Jangan kedekut dengan bantuan rakyat.

5. Jangan hina Rakyat atau penjawat awam.

Peringatan beliau itu dipercayai ada kaitan dengan kelulusan operasi kedai gunting rambut, kedai cermin mata dan salun kecantikan untuk beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun kebenaran itu ditarik balik sebelum pelbagai pihak melahirkan kebimbangan operasi kedai-kedai itu akan menyebabkan usaha Kementerian Kesihatan membendung Covid-19 akan menjadi sia-sia.

Selain itu, berhubung isu kenyataan Friends of Adham Baba mengenai Menteri Kesihatan yang dimuat naik dalam halaman Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kenyataan tersebut yang dilihat sebagai propaganda politik telah mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati apabila laman sosial kementerian itu disalahgunakan.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.