Jangan tabur janji jika tidak mampu

single-image

JOHOR BAHRU 18 Ogos – UMNO Johor mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak lagi menabur janji jika tidak mampu untuk memenuhinya kerana tindakan itu seperti menawarkan manifesto yang menghina rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu dapat dilihat apabila selepas 100 hari memerintah, mereka hanya cuba menafikan tawaran yang telah dibuat.

“Tak elok kalau dah janji tetapi tidak dapat ditunaikan dan ia tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam sebuah negara yang ada segala-galanya.

“Jadi, tak payah lagi buat janji kerana PH sudah membuat satu manifesto yang menghina rakyat,” katanya pada Forum 100 Hari: PH Berjaya, UMNO Tertipu, di sini hari ini.

Selain Hasni, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Adham Baba turut menjadi ahli panel forum anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Sementara itu, Adham yang jugak Ahli Parlimen Tenggara berpendapat, apa yag dilakukan PH hingga hari ini hanyalah bermain dengan tuduhan yang cuba ‘ditanam’ kepada rakyat, selain dengan mudah meminta maaf apabila melakukan kesalahan.

“Jadi, apabila kita dituduh, maka rakyat jadi keliru dan pada masa sama, mempengaruhi pemikiran ahli UMNO dan apabila itu berlaku, ahli menyerang sesama sendiri (serang pemimpin). PH cuba ‘menodai’ kepercayaan kita.

“Apabila tidak dapat tunai janji, mereka gunakan slogan yang tidak lekang di bibir rakyat seperti cukai baran dan perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau berkata, rakyat juga hanya sering ‘disogokkan’ dengan isu hutang negara tetapi kerajaan sedia ada langsung tidak memperkatakan tentang pendapatan negara sehingga penduduk kampung juga terpengaruh.

Sumber : Utusan Online

Leave a Comment

Your email address will not be published.