Jangan salahkan jemaah tabligh – Noor Hisham

single-image

PUTRAJAYA – Rakyat negara ini diminta tidak menyalahkan jemaah tabligh sebagai punca penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berharap jemaah itu tidak didiskrimasi atau distigma oleh masyarakat.

Jelas beliau, apa yang penting, orang ramai membantu untuk mengesan dan mengubati Covid-19 dan infeksi dalam kalangan tabligh, keluarga dan kenalan mereka.

“Untuk makluman kepada umum, janganlah kita persalahkan jemaah tabligh.

“Janganlah kita mendiskriminasikan jemaah tabligh. Janganlah kita stigmakan jemaah tabligh.

“Apa yang penting, adalah kita bantu mengesan dan mengubati COVID-19 infeksi di kalangan tabligh, keluarga dan kenalan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian wabak Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Seramai 14,500 jemaah telah menghadiri Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur bermula 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sehingga kini, KKM telah membuat saringan terhadap 13,000 jemaah dan 6,700 sampel mereka telah diambil.

Daripada jumlah itu, seramai 986 jemaah telah disahkan positif.

Sementara itu, KKM telah menjalankan kolaborasi dengan pihak MERCY Malaysia dalam memberi psikososial sokongan kepada rakyat Malaysia.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.