Jangan pertikai siapa yang lantik Menteri Besar – Muhyiddin

single-image

KUALA LUMPUR : Tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk melantik Menteri Besar di Johor tidak seharusnya berlaku.

Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal itu kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dari dahulu yang Menteri Besar Johor akan dilantik sultan di negeri tersebut.

Malah, beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga menjelaskan perkara itu termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Johor.

“Undang-Undang Tubuh Johor menjelaskan ketua parti yang memerintah negeri akan mengemukakan beberapa nama kepada sultan untuk dipilih sebagai Menteri Besar.

“Sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan parti majoriti. Jadi tidak perlu ada pertikaian tentang perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja rasmi Menteri Dalam Negeri ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Stesen Udara Maritim Subang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar. –

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.