Isu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) : rakyat ditipu lagi

single-image

1. Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa kerajaan akan menambah 11 Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara Selatan dengan kos sebanyak RM 200 ribu.

2. Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Presiden Anti Sama Ekor (KASE) adalah antara individu paling lantang membantah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang disifatkan hanya untuk memeras duit rakyat dan menzalimi mereka.

3. Beliau juga menyifatkan kerajaan mengaut keuntungan daripada hasil saman AES yang dikenakan kepada rakyat. Alasan pelaksanaan AES adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sangat tidak masuk akal.

4. Pejuang hebat ini sering menyeru orang ramai untuk tidak membayar saman tersebut dan membuat demonstrasi membantah sistem itu.

5. Hari ini, setelah Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, perjuangan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu untuk melihat AES dimansuhkan nampaknya tidak menjadi kenyataan dan hanya cerita palsu mereka sahaja.

6. Sebaliknya, sistem tersebut dikekalkan malah ditambah lagi kamera AES di Lebuh Raya Utara Selatan dengan kos RM200,000 setiap kamera iaitu lebih mahal daripada zaman kerajaan terdahulu iaitu RM170,000.
7. Saya dan rakyat Johor masih ternanti-nanti apa pendirian Mahfuz yang kini sudah bergelar Timbalan Menteri Sumber Manusia berhubung isu berkenaan. Kami mahu juga melihat beliau melakukan demonstrasi dan menyeru rakyat agar tidak membayar saman AWAS ini.

8. Adakah kali ini beliau berani bertindak demikian? Ataupun hanya membisu sahaja dan tidak mempedulikan rakyat lagi setelah diangkat menjadi Timbalan Menteri.

9. Lim Guan Eng yang sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang juga berusaha bersungguh-sungguh melarang menolak AES kerana membebankan rakyat. Sudah semestinya kita mahu melihat Lim Guan Eng juga menentang keputusan Anthony Loke ini kerana mencabar keputusan Lim Guan Eng.

10. Tindakan mereka ini juga disokong oleh PKR sendiri melalui Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid di mana alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Beliau berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni hasil ‘rompakan’ duit rakyat. Ia juga mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat. Boleh rujuk di http://www.keadilandaily.com/pakatan-mahu-pusat-tangguh-aes-henti-rompak-duit-rakyat/

11. Semalam tular perkongsian laman sosial Facebook Loke Siew Fook bertarikh 21 November 2012 di mana beliau menuduh kerajaan Barisan Nasional menindas rakyat dengan saman AES dan beliau menggesa rakyat untuk menolak AES dan menolak BN.

12. Mahfuz juga semalam menjawab bahawa beliau tidak mahu melayan atau menjawab perkara ini. Biasalah apabila sudah menjadi menteri, semua yang pernah dijanji dulu dibakul sampahkan sehinggakan rakyat tidak dipedulikan lagi. Kasihan pada rakyat Malaysia apatah lagi di Pokok Sena bertambah-tambah kasihan.

13. Hari ini, beliau selaku Menteri Pengangkutan WAJIB tanggungjawab untuk memansuhkan AES secara total di mana telah dijenamakan sebagai AWAS. Penambahan 11 lagi kamera AWAS ini sudah pastinya menjadikan beliau sebagai menteri yang digelar sebagai ‘HERO’ dalam menindas rakyat dan menipu rakyat Malaysia.

14. Beliau juga secara tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa penambahan 11 kamera tersebut adalah ditanggung oleh PLUS bukannya kerajaan. Mungkin Menteri Pengangkutan ini tidak sedar GLC atau syarikat di bawah milik kerajaan. Rakyat marhaen pun sedar YB !. Cukup-cukuplah menipu rakyat.

15. Justeru, sebagai rakyat Malaysia saya sedar bahawa saya telah ditipu oleh Pakatan Harapan. Saya secara tegas memberi amaran kepada PH bahawa rakyat yang kamu tipu ini akan memastikan kamu dihukum pada Pilihan Raya yang akan datang.

JOHAN AZAM BIN MOHD YASIN
KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI
MERANGKAP KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR
3 FEBRUARI 2019

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.