Isu Penggunaan Nama “Republic of Malaysia”: Agenda Siapa Sebenarnya?

single-image

  1. Semalam, satu Malaysia digemparkan dengan satu video dan gambar viral yang menunjukkan seorang wanita yang menyertai pertandingan Ratu Cantik yang dinamakan sebagai “Miss Angel International 2019 pagent” yang berlangsung di Yangon, Myanmar pada 4 November 2019 yang lalu.
  2. Wanita itu yang dipercayai mewakili Malaysia tersebut telah mengunakan selimpang bertulis “Republic of Malaysia”, dan memperkenal diri beliau mewakili “Republic of Malaysia”.
  3. Perkara ini adalah satu perkara yang tidak masuk akal, kerana Malaysia bukanlah sebuah negara republik, tetapi Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan (“Constitutional Monarch”).
  4. Penggunaan “Republic of Malaysia” pada selimpang ratu cantik yang mewakili Malaysia ini disyaki adalah agenda halus pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menimbulkan perasaan kurang senang rakyat Malaysia dan ingin mencetuskan idea ‘Republik’ ini.
  5. Negara Republik adalah sebuah negara tanpa raja, dan diperintah oleh seorang Ketua Negara yang dikenali sebagai Presiden. Maka tidak mustahil, ini adalah agenda dan juga propaganda halus pihak-pihak tertentu yang ingin mengubah negara kita daripada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi perlembagaan kepada negara yang berasaskan Presiden seperti di Indonesia dan Singapura.
  6. Walaupun dikatakan pihak penganjur telah memohon maaf dan mengaku itu merupakan kesalahan mereka, tetapi ia adalah satu tindakan yang tidak masuk akal kerana ratu cantik tersebut atau agensi yang bertanggungjawab membawanya seperti tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk membetulkan perkara tersebut sebelum keluar untuk beraksi di atas pentas.
  7. Pastinya, ini adalah agenda tersusun pihak-pihak tertentu yang sengaja mencetuskan “api-api kecil” ke arah pembentukkan negara Republik. Persoalan yang perlu difikirkan adalah siapa pihak tersebut? Pastinya, pihak tersebut adalah pihak yang anti kepada sistem beraja.
  8. Diharap, bukan sahaja pihak penganjur perlu bertanggungjawab, tetapi ratu cantik tersebut dan agensi yang terlibat dalam membawa beliau ke pertandingan tersebut juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf atas penghinaan kepada Raja-Raja Melayu dan seluruh rakyat Malaysia di atas kejadian yang tidak diingini ini.
  9. Yang paling penting, pihak berkuasa perlu menyiasat pihak yang bertanggungjawab disebalik perkara ini terutamanya agensi ratu cantik yang terlibat. Dalam masa yang sama, Kementerian Pelancongan perlu mengambil tanggungjawab ini dan memperbetulkan fakta tersebut dengan segera, kerana ia akan ‘misled’ masyarakat luar negara, lagi-lagi menjelang tahun melawat Malaysia 2020, tahun hadapan.

Iskandar Zulkurnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.