Isu nombor plat TMJ dan RZ : Apa pendirian MB Johor dan Kerajaan Negeri?

single-image


Semalam speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihak kerajaan negeri menolak mentah-mentah usul tergempar yang di bawa oleh pihak pembangkang negeri Johor. Usul tergempar tersebut merupakan bantahan terhadap tindakan Dewan Rakyat meluluskan soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Labis berhubung pertikaian nombor plat TMJ dan RZ.

Jika dilihat soalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Labis yang meminta supaya Menteri Pengangkutan memeriksa sama ada nombor plat TMJ dan RZ di daftarkan atau tidak telah menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat negeri Johor sendiri.

Tetapi yang hairannya mereka menolak usul tersebut dengan alasan usul yang dikemukakan tidak perlu disegerakan walaupun ia melibatkan maruah institusi Di Raja Johor. 

Jadi agak pelik apabila isu ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk bekas Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, UUM, Dr Kamarul Zaman Yusof tetapi dari pihak kerajaan sendiri menolak usul tersebut dibahaskan.

Jadi saya tertanya-tanya apakah sebenarnya pendirian Menteri Besar Johor dan kerajaan sendiri berkenaan dengan isu ini? 

Jika kita lihat sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negeri Johor, baik Menteri Besar, Exco dan kerajaan negeri mereka sering kali membisu dan berdiam diri apabila sesuatu isu itu melibatkan institusi Di Raja Johor. 

Malah sukar juga untuk kita lihat mana-mana di antara mereka ini mengeluarkan kenyataan untuk membela dan mempertahankan institusi Di Raja Johor. Lebih-lebih lagi yang melibatkan Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.

Melihat kepada situasi ini adakah sebenarnya kerajaan Johor ini masih di bawah cengkaman Putrajaya sehingga mereka takut bersuara untuk mempertahankan institusi Di Raja Johor sendiri? 

Atau sememangnya benar seperti yang diperkatakan oleh orang ramai bahawa selama ini DAP yang menguasai kerajaan negeri yang ada sekarang ini? Jadi apabila mereka lebih berkuasa, kerajaan negeri yang dipimpini parti PPBM yang kita sedia maklum kerusinya hanya sedikit sahaja tidak mampu berbuat apa-apa. Jadi tidak mustahillah ke semua perkara ini terjadi.

Akhir sekali, kerajaan negeri hari ini perlu ingat bahawa merekalah yang memerintah negeri Johor ini. Jadi Johor perlu jadi Johor. Tidak perlu ikut arahan orang luar untuk mentadbir negara ini. 

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.