Isu Kerajaan Negeri Johor Beli Kereta Baru untuk MB dan Para EXCO

single-image


Kenyataan Media saya merujuk kepada gambar di bawah yang diviral oleh OPS JOHOR yang bertajuk Kerajaan Negeri Johor Keluar Kereta Baru.

2.Saya selaku ahli parlimen kerajaan Pakatan Harapan ingin bertanya kepada Menteri Besar Johor dari parti Pakatan Harapan satu soalan: Adakah benar seperti yang diviralkan oleh media sosial pembangkang Johor bahawa Kerajaan Negeri Johor telah membeli kereta-kereta Camry baru bagi para EXCO dan MB?

3.Saya hadir di Taklimat MB Johor kepada ahli-ahli parlimen Johor dan ahli ADUN Johor pada 9 Januari 2020 di Kota Iskandar berkenaan kenaikan cukai tanah di Johor bermula 1 Januari 2020. MB Johor memaklumkan kepada kami bahawa alasan utama cukai tanah dinaikkan adalah kerana Kerajaan Negeri Johor kekurangan wang untuk pembangunan bagi faedah rakyat.

4.Soalan saya adakah menasabah tindakan Kerajaan Negeri Johor membeli kereta baru untuk MB dan para EXCOnya ketika rakyat masih mengeluh dan marah-marah dengan kenaikan cukai tanah yang sesetengahnya begitu mendadak tinggi naiknya?

5.Pembangunan untuk siapa sebenarnya?Duit kutipan cukai tanah dari rakyat itu digunakan untuk apa sebenarnya?

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
13 Februari 2020

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.