Isu gajah liar Kg. Lukut – Penduduk marah Exco datang sekadar tunjuk muka.

single-image

Sebelum ini, isu gajah liar di Kampung Lukut pernah mendapat perhatian dari ADUN Panti, YB Hahasrin Bin Hashim. Walau bagaimanapun, sikap ambil berat ADUN Panti tersebut telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Sehinggakan mereka menghalang usaha ADUN Panti untuk mengadakan taklimat rasmi bersama sebuah agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berkenaan masalah gajah liar di kawasan sekitar Kampung Lukut.

Sedangkan taklimat yang ingin diadakan oleh ADUN Panti adalah untuk berkongsi tentang perkembangan terkini berkenaan isu ini dan langkah berjaga-jaga kepada penduduk jika diserang gajah. Tetapi malangnya usaha ini digagalkan sendiri oleh pihak kerajaan negeri.

Namun, baru-baru ini, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Lukut secara mengejut tanpa pengetahuan ADUN Panti.

Tidak boleh dinafikan usaha Exco ini bagus tetapi apabila perjumpaan secara mengejut ini diadakan menyebabkan kehadiran penduduk kampung hanya seramai 70 orang sahaja. Sekali gus ia juga menyebabkan majlis perjumpaan ini tidak berjalan lancar.

Malah menurut sumber yang dipercayai, penduduk kampung berang dan marah dengan Exco Dr Sahruddin Jamal apabila Exco berkenaan menghadiri perjumpaan hanya sekadar untuk menyampaikan ucapan sahaja. Kemudian setelah tamat ucapannya, Exco berkenaan telah bertindak meninggalkan majlis perjumpaan itu begitu sahaja.

Sedangkan penduduk kampung tersebut mengharapkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian membuka mulut dan menyatakan pendiriannya mengenai isu gajah liar ini. Setidak-tidaknya penduduk mengharapkan sesi dialog antara agensi, Exco kerajaan dan penduduk berhubungan dengan masalah gajah liar di sekitar Kampung Lukut.

Disebabkan perkara yang diharapkan penduduk kampung ini sama sekali tidak berlaku dan perjumpaan tersebut tidak mendatang apa-apa hasil. Jadi dapat dilihat perjumpaan Exco bersama penduduk Kampung Lukut hanya sia-sia dan membuang masa penduduk kampung sahaja.

Apa tidaknya, Dr Sahruddin Jamal sebagai Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian yang sepatutnya mengambil tanggung jawab ini untuk menyelesaikan masalah gajah liar dan berusaha untuk berbincang dengan penduduk untuk mengatasi masalah ini. Tetapi malangnya, apabila sudah ada peluang yang terhidang di depan mata, perkara ini langsung tidak mendapat perhatian Exco berkenaan.

Tindakan Exco berkenaan yang hanya sekadar datang kemudian balik begitu sahaja, boleh disifatkan seperti melepaskan batok di tangga. Jika benar ingin membantu penduduk Kampung Lukut sepatutnya Exco berkenaan perlu serius dan menjalankan tugasnya dengan betul dan cekap.

Malah tidak salah juga jika meluangkan masa seharian bersama penduduk kampung untuk mencari solusi paling ampuh untuk memastikan keselamatan penduduk di sekitar kawasan Kampung Lukut sentiasa terjamin dan selamat. Bukannya hanya tunjuk muka beberapa minit kemudian balik begitu sahaja.

Jadi apabila perkara ini berlaku, sekali lagi pejabat ADUN Panti telah menghantar surat aduan secara terus-menerus untuk meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan susulan. Namun menurut sumber, sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan baharu yang diambil oleh pihak berkenaan untuk mengatasi masalah keselamatan penduduk Kampung Lukut.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.